Anjing laut
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Anjing laut (Jawi: انجيڠ لاءوت; pinjam terjemah Belanda: zeehond[2]) ialah sejenis mamalia dua alam dan berkaki sirip dalam klad Pinnipedia.[3] Banyak spesies mendiami perairan sejuk dan berais kawasan-kawasan kutub Hemisfera Utara dan Selatan. Ada 34 spesies anjing laut yang masih hidup.[4]
Remove ads
Taksonomi
Nama klad Pinnipedia dijejak kepada kata-kata bahasa Latin pinna "sirip" dan pes, pedis "kaki"[5] bermaksud "kaki yang seperti sirip".[3] Nama tersebut diberikan sebagai nama keluarga atau nama order oleh ahli zoologi Jerman bernama Johann Karl Wilhelm Illiger.[6]
Ciri-ciri
Badan anjing laut berbentuk torak dan bergaris arus dengan cuping telinga yang kecil atau tiada langsung, kakinya berbentuk sirip dan ekornya kecil. Kepalanya bulat dan lehernya boleh berpaling.[7][8] Alat sulit dan kelenjar mamarinya boleh disentap balik.[7]
Ia mempunyai indera yang sangat kuat di hujung misainya. Misai anjing laut mempunyai sepuluh kali lebih banyak saraf berbanding misai mamalia darat yang membantu mengesan getaran dalam air[9] dihasilkan ikan yang berenang. Pengesanan getaran ini berguna ketika mencari makanan terutamanya dalam persekitaran air yang gelap.[10]
Remove ads
Tabiat
Pemakanan
Semua spesies anjing laut merupakan karnivor. Makanan utamanya yang dimangsakan adalah ikan, sefalopod, krustasea, bivalvia, zooplankton dan juga burung laut[11] seperti penguin. Anjing laut boleh memburu dalam kawanan atau seekor-seekor.
Anjing laut menelan mangsa yang diburu dalam air. Mangsa yang terlalu besar akan dibawa ke permukaan untuk dikoyak-koyakkan.[12]
Pembiakan
Anjing laut betina melahirkan seorang anak.[13]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads