Solfeggio
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dalam permuzikan masyarakat Barat, not dan tinggi rendah bunyi (pitch) diajarkan dengan suatu urutan solfeggio (dari b. Itali, disebut [[Bantuan:AFA|[solˈfeddʒo]]])[1] atau solfège (dari b. Perancis, disebut [[Bantuan:AFA|[sɔl.fɛʒ]]])[2] terdiri dari suku-suku kata do-re-mi-fa-so-la-ti.
Gambaran umum
Kaedah pengajaran ini dikembangkan Guido di Arezzo, seorang rahib Itali, pada lewat tahun 1020-an yang cuba menjelaskan cara menyanyikan gita Ut queant laxis memuji Yohanes Pembaptis terdiri dari suku kata pertama setiap rangkap gita di bawah:[3][4][5]
![]() |
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |

Pada abad ke-17, not pertama "Ut" diganti Do hasil pengembangan oleh Giovanni Battista Doni, seorang guru muzik dan opera pada abad ke-17 sambiil not ketujuh si turut ditambah;[5] si yang lazim dalam turutan asal Itali[1] digantikan dengan ti dalam kalangan penutur bahasa Inggeris oleh Sarah Glover, seorang guru muzik England.[5]
Turutan
Turutan solfeggio terbahagi kepada dua kaedah iaitu:
- do mudalih (movable do, diajar di United Kingdom, Amerika Syarikat, Malaysia, Indonesia, Jerman, Hungary, musik klasik India) - nada-nada sejujuk naik seiring bersama kunci nada.
- do tetap (fixed do, dipakai di Tiongkok, Perancis, Itali, Portugal, Sepanyol, Romania, Rusia, Amerika Selatan, dan sebahagian Amerika Utara, Jepun, dan Vietnam) - nada-nada sejujuk kekal pada pitch walaupun berpindah kunci nada sekalipun.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads