Sony Dwi Kuncoro

pemain badminton From Wikipedia, the free encyclopedia

Sony Dwi Kuncoro
Remove ads

Sony Dwi Kuncoro (lahir 7 Julai 1984, Surabaya, Jawa Timur, Indonesia) merupakan pemain badminton perseorangan lelaki dari Indonesia. Beliau kini ialah pemain no.1 badminton Indonesia.

Fakta Segera Badminton ...
Fakta Segera Maklumat peribadi, Negara ...
Remove ads

Kehidupan peribadi

Ketika Sony masih muda, Sony menyertai kelab badminton Suryanaga Surabaya. Ibu bapanya ialah Moch. Sumadji (ayah) dan Asmiati (ibu). Hobi Sony ialah mengubahsuai kereta dan bersiar-siar atau melancong. Secara umumnya, banyak pihak yang memanggilnya Sony, tetapi juga boleh disebut sebagai Soni.

Karier

Kejohanan utama

Maklumat lanjut Ked., Acara ...

Sukan Olimpik 2004

Kuncoro beraksi di Sukan Olimpik 2004 dalam acara perseorangan lelaki, menumpaskan M. Roslin Hashim dari Malaysia dan Jim Ronny Andersen dari Norway pada dua pusingan awal. Pada pusingan suku akhir, Kuncoro menewaskan Park Tae-sang dari Korea Selatan 15-13, 15-4. Kuncoro layak ke peringkat separuh akhir, yang mana beliau kalah kepada Shon Seung-mo dari Korea Selatan 15-6, 9-15, 15-9. Beliau bermain dalam perlawanan penentuan pingat gangsa, beliau menewaskan Boonsak Ponsana dari Thailand dengan mata kemenangan 15-11, 17-16 untuk meraih pingat gangsa.

Kejohanan Dunia IBF 2007

Beliau muncul sebagai naib juara Kejohanan Dunia IBF 2007 selepas kalah kepada Lin Dan straight sets dengan pungutan mata 11-21 dan 20-22 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Malaysia.

Kemenangan lain

Pada 23 September 2007, Sony merangkul kejuaraan Terbuka Chinese Taipei selepas menumbangkan Taufik Hidayat pada pusingan akhir, 18-21, 21-6, 21-13.

Remove ads

Penyertaan bagi Pasukan Indonesia

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads