Sosialisme
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah hasil kekayaan negara serta alat dan pengurusan mengerjakan sumber kekayaan dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata[10][11] baik melalui kepemilikan negara, kolektif, koperasi, atau penuntutan semula wang pelaburan.[12] Fahaman ini tiada tafsiran tunggal utama yang mampu memenuhi semua intipatinya,[13] dengan kepemilikan sosial menjadi unsur umum yang dimiliki berbagai variannya.[5][14][15] Namun, sosialisme umumnya difahamkan bertujuan membela masyarakat daripada dipergunakan tenaganya secara tidak adil[16] dan menggalakkan kemajuan diri sesama anggotanya.[17]
Parti-parti berfahaman sosialis boleh bersatu tenaga dengan kesatuan/serikat pekerja, pada waktu lain mandiri dan kritis terhadap syarikat; serta ada di negara-negara maju atau membangun.[18] Parti dan gagasan sosialis tetap menjadi kekuatan politik dengan berbagai-bagai tingkat kekuatan dan pengaruh di semua benua, serta memimpin pemerintahan nasional di banyak negara di dunia. Saat ini, beberapa jurusan sosialisme juga mengambil guna prinsip dari gerakan sosial lain, seperti kecintalaman, feminisme dan progresivisme.[19] Fahaman demokrasi sosial sendirinya berkembang lanjut dari ideologi sosialisme yang telah merangkul ekonomi campuran dengan pasar yang mencakupi campur tangan negara yang substantif dalam bentuk pengagihan semula pendapatan, pengaturan, dan dasar-dasar kebajikan. Demokrasi ekonomi mengusulkan semacam sosialisme pasaran yang lebih memecahkan kawalan ke atas perusahaan, mata wang, pelaburan, dan sumber daya alam.
Gerakan politik sosialis mencakup serangkaian falsafah sahsiah yang berasal dari gerakan revolusioner pertengahan hingga akhir abad ke-18, dan kerana adanya kepedulian terhadap masalah sosial yang terkait dengan kapitalisme.[13] Pada akhir abad ke-19, setelah karya Karl Marx dan akrabnya Friedrich Engels, sosialisme telah menjadi wahana melawan kapitalisme dan menganjurkan sistem pascakapitalis yang didasarkan kepada kemahuan sesebuah masyarakat berhak milik ke atas pengusahaan hasil kekayaan diraih.[20][21] Pada 1920-an, demokrasi sosial dan komunisme dominan di gerakan sosialis antarabangsa.[22] Pada masa tersebut sosialisme muncul sebagai "gerakan sekular paling berpengaruh pada abad ke-20 di seluruh dunia. Sosialisme adalah ideologi politik (atau pandangan dunia), gerakan politik yang luas dan terpecah-pecah"[23] dan ketika kebangkitan Kesatuan Soviet sebagai negara sosialis nominal pertama di dunia menyebabkan menyebarnya asosisasi sosialisme dengan model ekonomi Soviet, beberapa ahli ekonomi dan cendekiawan berpendapat bahawa model tersebut berfungsi sebagai bentuk kapitalisme negara,[24][25][26] pentadbiran tidak terancang atau ekonomi komando.[27][28]
Remove ads
Pengistilahan
Sosialisme menyerap Belanda: socialisme yang sendirinya pinjaman bahasa Perancis menerbitkan dari kata dasar social turunan kata sifat Latin socialis terbitan kata socius "sekutu".[29] Penggunaan istilah asal socialisme digalang Pierre Leroux, seorang ahli falsafah Perancis menulis dalam akhbar Le Globe pada tahun 1832[30] memperjuangkan pemikiran Henri de Saint-Simon yang berpendapat bahawa kemiskinan dan kesengsaraan dialami masyarakat berikutan Revolusi Perindustrian berpunca daripada pegangan individualisme yang lebih mementingkan penjarakan diri dari masyarakat demi mengukuhkan jatidiri seseorang lalu menekankan perlumbaan mendapatkan saraan hidup sesama mereka.[31] Hal ini turut tercermin dalam takrifan diberikan Kitab Vortaro (1923) sebagai teori "boeat linjapken keboeroekan-keboeroekan dalam systeem sekarang tentang persaingan dalam indoestri".[32]
Perbezaan dari komunisme
Sekali imbas, perkataan "sosialisme" dan "komunisme" adakala ditafsirkan sesetengah pihak bertindih seolah-olah satu perkara yang sama. Tetapi pada hari ini dua perkataan ini bermaksud perkara yang berbeza. Kebanyakan orang yang bukan komunis merujuk komunisme sebagai Marxisme dan Leninisme iaitu idea-idea yang berasal dari Parti Bolshevik di Rusia lagi-lagi selepas Revolusi Bolshevik yang dimenangi oleh Vladimir Lenin.[33] Hal ini turut dikukuhkan setelah Parti Buruh Demokratik Sosial Rusia dinamakan semula menjadi Parti Komunis Se-Rusia dengan pegangan yang mentafsirkan "komunisme" sebagai aliran sosialisme yang menurut teori-teori Bolshevisme, Leninisme dan Marxism–Leninisme.[34]
Remove ads
Sejarah
Peloporan

Beberapa orang berpendapat Robert Owen yang berasal dari Wales, merupakan seorang sosialis yang pertama. Beliau dianggap sebagai pengasas gerakan koperasi di Britain.[31][35][36] Beliau berkata pekerjalah yang sepatutnya menjadi tuan untuk syarikat yang mereka bekerja. Pekerja kemudiannya berkongsi keuntungan sesama mereka.
Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx yang menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert Mugabe, Ho Chi Minh dan John Lennon.
Selepas Perang Dunia Pertama dan Revolusi Rusia, sosialisme terbahagi kepada dua. Sesetengah golongan sosialis mengikut Lenin dan dipanggil komunis. Sesetengah yang lain pula percaya kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial demokrat sangat tidak bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri mereka ini adalah menyokong konsep negara kebajikan.
Remove ads
Jenis
Sistem sosialis dibahagi menjadi dua:[37]
- sosialisme bukan pasar - melibatkan penggantian pasaran faktor dan wang dengan kriteria teknis berdasarkan perhitungan yang dilakukan dalam bentuk barang lalu menghasilkan mekanisme ekonomi yang berfungsi sesuai dengan hukum ekonomi yang berbeza dari kapitalisme bertujuan untuk menghindari ketidakcekapan dan krisis yang secara tradisional berkait rapat dengan akumulasi kapital dan sistem profit[46]
- sosialisme pasar - mempertahankan penggunaan nilai wang, pasaran faktor; malah motif keuntungan yang, sehubungan dengan operasi perusahaan yang dimiliki secara sosial dan alokasi barang modal di antara pihak mereka. Keuntungan yang dihasilkan oleh perusahaan ini akan dikelola secara langsung oleh tenaga kerja dari masing-masing perusahaan, atau diberikan ke masyarakat luas dalam bentuk dividen sosial.[47][48][49]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads