Spa Q

Siri televisyen Malaysia 2007 arahan Zulkiflee R.Shad From Wikipedia, the free encyclopedia

Spa Q
Remove ads

Spa Q ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2007 arahan Zulkiflee R. Shad, dibintangi Norish Karman, Intan Azura, Elly Mazlein, Betty Banafe, Farahdhiya dan Nisha Dirr. Siri drama mula bersiaran di Slot Akasia, TV3 bermula 22 Oktober 2007 menggantikan Manjalara.

Fakta Segera Genre, Format ...
Thumb
Logo Spa Q
Remove ads

Sinopsis

Mengisahkan mengenai kehidupan Qistina, pemilik spa Q dan yang mempunyai keluarga yang bahagia dan pelanggan-pelanggannya seperti Nora, Fatin dan Tania dan pekerjanya, Farah dan Alya. Namun, tanpa disangka, keharmonisan hubungan rumahtangganya bersama suaminya retak. Riezman sebenarnya menjalinkan hubungan sulit dengan Fatin, seorang pekerja GRO dan juga merupakan pelanggan setia Spa Q. Qistina yang mengetahui akan hal tersebut berasa sangat sedih dan mula menuntut cerai daripada Riezman. Manakala anak sulung Qistina, Dafi yang tertekan dengan penceraian ibu bapanya kemudian bertindak membunuh Fatin. Akhirnya Dafi diberkas polis. Qistina yang melihat anaknya berada dipenjara membuatkan dia semakin membenci bekas suaminya. Namun kerana suatu kejadian Qistina memaafkan Riezman disebabkan Riezman telah menyelamatkan nyawanya. Qistina sempat menemui Riezman dan Riezman memohon maaf diatas kesilapannya selama ini. Sesudah itu Riezman akhirnya meninggal dunia.

Remove ads

Pelakon

Musim Pertama

Maklumat lanjut Lakonan, Watak ...
Remove ads

Lagu Tema

Musim Pertama

Kesinabungan

Spa Q 2

Sambungan drama ini Spa Q 2 mula bersiaran dari 15 Disember 2008 hingga 26 Mac 2009 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang.

Spa Qistina

Siri drama Spa Q telah dilancarkan semula sebagai Spa Qistina pada tahun 2009 untuk tayangan Astro Ria, dengan barisan pelakon yang berlainan. Nanu Baharudin telah memegang watak Qistina yang sebelumnya dilakonkan oleh Norish Karman.

Pautan luar

Maklumat lanjut TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang, Sebelumnya ...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads