Ridzuan Hashim
Pelakon lelaki Malaysia (1961-2023) From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Ridzuan Hashim (lahir Mohd Ridzun Hashim 13 Ogos 1961 – 4 Mei 2023) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula mencipta nama sebagai peragawan terkenal menerusi pentas peragaan dan iklan komersial sebelum menempuh era kegemilangan pada awal 1990an dan wajah kacaknya sering menghiasi banyak filem dan drama TV dan pernah memenangi beberapa anugerah perfileman dan televisyen atas keberkesanan lakonannya.
Remove ads
Kerjaya
Ridzuan terlebih dahulu berkecimpung dengan sukan bola sepak dan pernah aktif bermain bola sepak bersama pasukan Malaysian Artiste Sports Club (MASC).[2][3] Beliau dinyatakan berkata: "Pada asalnya minat saya kepada sukan bola sepak dan pernah bercita-cita nak main secara profesional apabila menyertai Pasukan Bola Melayu Wilayah Persekutuan, tetapi disebabkan faktor kewangan tidak begitu mengizinkan waktu itu, saya beralih bidang".[4]
Selepas meninggalkan kerjaya sebagai pemain bola sepak, Ridzuan memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan pada tahun 1981 kerana terdapat pihak yang tertarik dengan ketampanan dan personalitinya. Ridzuan ketika itu berusia 20 tahun, mencari pekerjaan yang sesuai dengannya setelah menarik diri daripada pasukan bola sepak sebelum menerima tawaran untuk menimba pengalaman.[5] Popularitinya sebagai model iklan komersial turut membawa Ridzuan mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan apabila ditawarkan berlakon dalam drama, Adam & Hawa untuk siaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV1 pada tahun 1986.[5]
Dua tahun kemudian, beliau diberi kepercayaan oleh Rosnani Jamil untuk berlakon dalam filem Antara Dua Hati bersama pelakon utamanya, Raja Ema dan Sabree Fadzil.[5]
Ridzuan juga bertanggungjawab mencungkil bakat penyanyi, Alyah apabila beliau menulis lirik lagu "Kita Adalah Kita"di samping penulis lain antaranya ialah Seri Bayu.[6]
Beliau memegang watak Karim, bapa kepada Faliq lakonan Zachery Francis dan Tasha lakonan Puteri Sarah Liyana dalam siri drama aksi, Evolusi KL Drift: The Series arahan Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff yang diadaptasi dari filem Evolusi KL Drift (2008) arahan Syamsul Yusof.[7]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan pelakon Didie Alias pada 1992 dan bercerai pada 2002, hasil perkongsian hidupnya dengan Didie, beliau mendapat 5 anak.[8] Nur Dhaniyah (31), Muhammad Dhanial (30), Nurdinie (28), Nur Dayini Ahza (26) dan Nur Diyana (25).
Kematian
Ridzuan Hashim meninggal dunia pada jam 1:57 tengah hari, 4 Mei 2023 pada usia 61 tahun di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung, dan beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.
Filemografi
Filem
Drama
Drama web
Sitkom
Telefilem
Iklan
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
- Pelakon Lelaki Terbaik (FFM)
- Festival Filem Malaysia ke-9 : Filem "Hati Bukan Kristal" (menang)
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM)
- Festival Filem Malaysia ke-13 : Filem "Ghazal Untuk Rabiah" (pencalonan)
- Pelakon Lelaki Terbaik TV
- Anugerah Skrin 1997: Drama "MoU" (pencalonan)
- Anugerah Skrin 2012: Drama "100 Hari" (pencalonan)
- Pelakon Filem Pembantu Lelaki Popular
- Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1988 (menang)
- Pelakon Filem Lelaki Popular (ABPBH) (Pencalonan)
- Pelakon TV Lelaki Popular (ABPBH) (Pencalonan)
- Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1994 dan 1996
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads