Spaniel Pont-Audemer

baka anjing dari Perancis From Wikipedia, the free encyclopedia

Spaniel Pont-Audemer
Remove ads

Spaniel Pont-Audemer[a] ialah satu baka gundog jarang Perancis. Ia berasal dari abad kesembilan belas daripada baka-baka spaniel air berlainan, dan mengambil peranan seter dalam perburuan lebih daripada peranan tradisional spaniel. Ikutan Perang Dunia Kedua, bilangan baka ini menurun dengan sangat rendah sehingga kelab baka ini membuat keputusan untuk mengizinkan pembiakbakaan silang dengan baka-baka lain kerana ketakutan bahawa ternakan tersedia akan terlebih membiak baka secara dalam. Pada tahun 1980, kelab baka ini digabungkan dengan kelab baka spaniel Picardie.

Fakta Segera Negara asal, Pengelasan dan piawaian ...
Remove ads

Sejarah

Thumb
Seekor spaniel Pont-Audemer, 1915

Baka ini didakwa telah dikembangkan di rantau Pont-Audemer di Perancis pada abad kesembilan belas. Walaupun asal usul baka ini tidak diketahui, ternakan daripada kedua-dua spaniel air Inggeris dan spaniel air Ireland dianggap mungkin telah memainkan peranan dalam kandungan asli baka ini.[1] Pada awal abad ke-20, di luar Perancis, ia dianggap lebih berguna sebagai seter daripada melakukan kerja tipikal jenis spaniel.[2]

Bilangan baka ini tidak pernah besar dan begitu sedikit contoh wujud selepas Perang Dunia Kedua sehingga pada tahun 1949 Presiden kelab baka spaniel Pont-Audemer di Perancis mengizinkan agar baka lain, termasuk spaniel air Ireland,[3] membiak secara bersilang dengan populasi sedia ada untuk mengurangkan risiko pembiakan dalam terhadap sebilangan kecil spaniel Pont-Audemer yang tersisa.[1] Walau bagaimanapun, populasi baka ini kekal rendah dan pada tahun 1980 atas saranan Société Centrale Canine, kelab baka spaniel Pont-Audemer digabungkan dengan kelab baka spaniel Picardie.[1]

Spaniel Pont-Audermer diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa, iaitu persatuan kenel antarabangsa.[4][5] Ia diiktiraf di Amerika Syarikat oleh United Kennel Club, dalam Kumpulan Gundog kelab itu.[3] Pejabat pendaftaran baka lain yang mengiktiraf spaniel Pont-Audemer termasuk Continental Kennel Club,[6] International Canine Kennel Club,[7] dan American Rare Breed Association.[8]

Remove ads

Perihal

Spaniel Pont-Audemer ialah anjing bersaiz sederhana yang seberat 44–60 paun (20–27 kg) dan berdiri setinggi sekitar 50–58 sentimeter (20–23 in) pada paras kelasa.[1] Ia berbeza daripada kebanyakan baka anjing sukan di Amerika Syarikat dan di United Kingdom dari segi panjangnya dan keruncingan muncungnya.[2] Lapis bulu spaniel Pont-Audemer adalah keriting atau, sekurang-kurangnya, agak beralun, tetapi licin di sekeliling muka. Corak paling lazim ialah perang dan putih kemerah-merahan tetapi lapis bulu perang padu juga dapat diterima. Kedua-dua corak lapis bulu dapat mempunyai "kilatan daun mati" merah-perang. Tanda-tanda hitam atau sawo matang merupakan kecacatan. Bulu pada muka adalah pendek. Toncet dapat mengambil masa sehingga lima tahun untuk terbentuk sepenuhnya. Kebanyakan spaniel Pont-Audemer mempunyai ekor terpotong. Ekor yang dibiarkan utuh biasanya cukup berjumbai seperti yang pada seter, walaupun terdapat juga spaniel Pont-Audemer yang mempunyai "ekor tikus" berbulu pendek seperti yang pada spaniel air Ireland.[perlu rujukan]

Remove ads

Perangai

Thumb
Kepala seekor spaniel Pont-Audemer

Walaupun tahan lasak, serta rajin, baka ini mempunyai trait tipikal spaniel iaitu mudah dilatih, lemah lembut, dan penyayang. Anjing ini diketahui mempunyai kualiti suka berseronok dan di Perancis dikatakan sebagai le petit clown des marais (badut kecil rawang).[1]

Spaniel Pont-Audemer biasanya terdapat dalam persekitaran gundog pekerja dan jarang dibela sebagai haiwan peliharaan keluarga semata-mata. Anjing ini pakar sebagai anjing air.[2] Pada permulaan abad ke-20, ia dihargai kerana kegunaannya dalam pemburuan itik liar sama ada di dalam air atau dalam keadaan berawang.[2] Ia kekal digunakan di Perancis dalam pelbagai rupa bumi dan digunakan untuk pemburuan arnab atau pheasant.[1]

Kesihatan

Alopesia telah dilaporkan pada spaniel Pont-Audemer dan muncul pertama kali pada usia antara tujuh dengan lapan belas bulan. Kawasan telinga dan hidung terutamanya terjejas. Biopsi pada haiwan terjejas menunjukkan bahawa kerosakan pada sarung akar dan penggumpalan pigmen pada batang bulu merupakan punca utama untuk keadaan itu. Ujian yang dijalankan menolak punca berkaitan dengan endokrin seperti hipertiroidisme.[9]

Remove ads

Lihat juga

Catatan

  1. Jawi: سڤانيئل ڤون-اودمي; Perancis: épagneul de Pont-Audemer; bahasa Inggeris: Pont-Audemer spaniel

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads