Spilt Gravy on Rice

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Spilt Gravy On Rice (Melayu: Kuah Tumpah Atas Nasi) ialah filem komedi Malaysia 2022 arahan sulung Zahim Albakri dengan skrip ditulis bersama oleh Zahim, Jit Murad dan June Tan. Diadaptasi dari drama pentas 2002 dengan tajuk sama karya Jit, ia mengisahkan kehidupan lima beradik dari lima ibu yang berbeza dan seorang bapa yang membesar dalam arah yang berbeza.[1] Filem ini asalnya ditayangkan pada 8 November 2015, bagaimanapun ia dikeluarkan secara rasmi pada 9 Jun 2022.

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon undangan

Remove ads

Penerbitan

Sebelum diterjemah ke layar perak, Spilt Gravy On Rice merupakan drama pentas yang pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Pengarah Terbaik (Zahim Albakri), Skrip Asal Terbaik (Jit Murad), Penataan Cahaya Terbaik (Mac Chan) dan Anugerah Pilihan Penonton di Anugerah Seni BOH Cameronian yang pertama pada tahun 2002.[1]

Filem ini menjalani penggambaran di kediaman keluarga Zahim sendiri, yang telah dirobohkan sejurus selepas filem ini disiapkan.[2]

Remove ads

Keluaran

Filem ini pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada 2013 tetapi ia tidak diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) untuk ditayangkan kerana filem itu menangani pelbagai topik pantang larang, tarikh tayangan kemudiannya dipinda ke 8 November 2016. Selepas kematian Jit Murad pada Februari 2022, filem ini dikeluarkan secara rasmi pada 9 Jun 2022.[3]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads