Hairi Safwan

Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Muhammad Hairi Safwan Aznan (lahir 16 Januari 1988) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula terkenal sewaktu menjadi Juara Program realiti pencarian bakat baru Anak Wayang Musim Pertama pada 2009. Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Kecuali Cintamu menerusi watak pembantu iaitu Pengurus acara. Nama beliau semakin dikenali menerusi lakonan drama dan telefilem dan beliau merupakan pelakon yang kerap berlakon di bawah Produksi Zeel Production.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kehidupan peribadi

Hairi merupakan pemegang Diploma Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).[1] Pada 22 Mac 2014 beliau telah berkahwin dengan pasangan pilihan yang merupakan seorang guru Fara Afiza Azman dan hasil perkahwinannya, beliau telah dikurniakan dua orang anak.[2][3] Beliau juga merupakan abang kepada Chef Selebriti, Chef Fikree Aznan.

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya lakonan selepas menjuarai Program Realiti Anak Wayang musim pertama pada tahun 2009 ketika beliau baru berusia 21 Tahun. Program tersebut turut disertai oleh Hafiz Halim, Amar Baharin, Afzan A. Rahman, Lan Siro, Alex Yanz, Dayana Roza, dan Sura Sojangi. Dalam pertandingan tersebut beliau berjaya menewaskan pencabar terdekat Hafiz Halim yang juga merupakan seorang pelakon. Hairi juga merupakan pelakon teater. Nama beliau semakin dikenali menerusi lakonan drama dan telefilem dan beliau merupakan pelakon yang kerap berlakon di bawah Produksi Zeel Production. Beliau juga merupakan seorang pelakon yang mampu membawa pelbagai watak sama ada protagonis lawak atau antagonis dengan begitu baik.

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads