Kompleks Sukan Shah Alam

stadium di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Kompleks Sukan Shah Alammap
Remove ads

Kompleks Sukan Shah Alam merupakan sebuah stadium serbaguna yang terletak di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada Kompleks Sukan Shah Alam yang turut merangkumi Stadium Melawati (stadium tertutup). Kegunaan utamanya adalah untuk perlawanan bola sepak tetapi ia juga mempunyai kelengkapan untuk olahraga. Stadium ini merupakan tuan rumah bagi Selangor, dan mempunyai kapasiti penonton sebanyak 69,372. Sekiranya perlu, terdapat ruang untuk 11,000 orang lagi untuk berdiri menjadikan kapasitinya 80,372[1]. Pembinaan telah bermula pada tahun 1991, dan stadium ini telah dibuka secara rasmi pada Julai 1994, apabila pilihan Dundee United bertemu dengan pilihan Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Jemputan Antarabangsa Mitsubishi[2].

Fakta Segera Kompleks Sukan Shah Alam كومڤليك سوكن شاه عالم, Nama penuh ...

Stadium ini terletak di bahagian timur Shah Alam. Dengan enam tingkat, ia merupakan stadium terbesar di Selangor dan kedua terbesar di Malaysia. Struktur rangkanya merupakan gerbang berdiri bebas terpanjang di dunia. Ia telah menjadi salah satu tanda tempat utama di Shah Alam disebabkan saiz dan seni binanya yang mengagumkan. Dibina dengan teknologi terkini, stadium ini popular dalam penganjuran acara sukan bertaraf dunia. Ia juga merupakan gelanggang utama skuad bola sepak kebangsaan dan perlawanan akhir Piala Malaysia dari 1994 sehingga 1997 sehingga Stadium Nasional Bukit Jalil dibina. Stadium ini direka bentuk oleh arkitek terkenal Malaysia, Hijjaz Kasturi.

Stadium ini mempunyai ruang letak kereta yang cukup untuk 5,500 buah kereta. Selain itu, kompleks ini juga mempunyai litar perlumbaan kart, Stadium Malawati dan Stadium Mini Shah Alam.

Sehingga 2020, Stadium Shah Alam merupakan stadium tuan rumah pasukan bola sepak Selangor yang bermain dalam Liga Super Malaysia. Stadium ini sudah tidak dipakai sejak 2020 akibat kerosakan di bumbung dan fasiliti yang lain akibat banjir besar di Shah Alam pada 19 Disember 2021 dan masalah yang lain.

Remove ads

Pembinaan Semula

Stadium ini memulakan perobohan pada 3 Julai 2024 bagi memberi laluan kepada pembangunan semula yang merangkumi tiga fasa. Fasa pertama melibatkan perobohan dan pembinaan semula stadium, terminal bersepadu, plaza tempat letak kenderaan, kawasan rekreasi dan padang latihan yang dijangka siap sebelum SUKMA Selangor 2027. Fasa kedua pula melibatkan kompleks membeli-belah dan teater tertutup yang dijangka siap pada 2028. Fasa terakhir pula ialah pembinaan hotel yang dijangka dimulakan pada 2029 hingga 2030. Struktur utama stadium ini dirobohkan sepenuhnya pada 27 Januari 2025 tepat jam 10:30 pagi.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads