Liga Super Malaysia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Liga Super Malaysia (Jawi: ليݢ سوڤر مليسيا) merupakan pertandingan bola sepak tahap tertinggi di Malaysia. Ia menggantikan Liga-M sebagai bahagian tertinggi suatu masa dahulu. Liga Super Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2004, yang merupakan kesinambungan kepada Liga-M sebelumnya yang bermula semenjak 1982. Sebenarnya pertandingan Liga Super Malaysia agak lewat bermula di Malaysia, walaupun bola sepak telah lama bertapak di Malaysia iaitu semenjak lahirnya kejohanan Piala Malaysia pada 1921. Terdapat 12 kelab akan berentap di dalam Liga Super Malaysia dan 2 kelab terbawah biasanya akan disingkirkan ke Liga Perdana Malaysia. Pada tahun 2015, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memutuskan untuk menswastakan Liga Super Malaysia dan mencipta MSL Sendirian Berhad (atau MSL Proprietary Limited) untuk melihat aspek pemasaran permainan ini.

Fakta Segera Negara, Konfederasi ...

Bermula Liga Super Malaysia pada tahun 2004, Liga Super Malaysia pernah menggunakan 8 kelab yang mana setiap kelab akan bermain 3 pusingan (21 perlawanan). Dua pusingan yang pertama dimainkan berdasarkan format tuan rumah dan pelawat manakala pusingan ketiga akan dihoskan oleh stadium yang mempunyai bilangan penonton yang lebih besar berdasarkan dua pusingan terawal.

Bermula Liga Super Malaysia pada tahun 2009, Liga Super Malaysia mempunyai 14 kelab yang menyaksikan format tuan rumah dan pelawat sahaja digunakan 2 pusingan (26 perlawanan). Selain itu, setiap pasukan juga tidak dibenarkan memiliki pemain asing.

Bermula Liga Super Malaysia pada tahun 2012, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memutuskan untuk membuka kembali peluang untuk menggunakan 4 pemain import dengan 1 daripadanya adalah kuota pemain dari negara Asia.

Pada musim 2024–25, ini akan menjadi musim pertama Liga Super Malaysia secara rasmi menggunakan teknologi pembantu pengadil video (VAR).

Remove ads

Sejarah

Thumb
Trofi 2004—kini

Liga Super Malaysia telah bermula sejak tahun 1982. Liga Super Malaysia pada masa itu digunakan sebagai peringkat kelayakan ke Piala Malaysia. Sejak itu, kejohanan Liga Super Malaysia menjadi salah satu pertandingan terpenting dalam kalendar bola sepak Malaysia. Pada awalnya hanya pasukan negeri, Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan pasukan jemputan seperti Singapura dan Brunei menyertai Liga Super Malaysia. Apabila pertandingan secara profesional diperkenalkan pada 1996, terdapat kelab mula menyertai Liga Super Malaysia.

Pada tahun 1989 hingga 1993, Liga Super Malaysia dikenali sebagai Liga Semi-Pro Malaysia . Pada tahun 1994 hingga 2003, nama Liga Semi-Pro ditukar kepada Liga M.

Nama Liga

Senarai nama Liga Malaysia diasaskan pada 1982, nama bagi Liga Malaysia sering diubah mengikut format pertandingan.

Maklumat lanjut Musim, Nama ...

Jumlah kelab Liga

Jumlah kelab Liga Malaysia juga sering berubah-ubah. Pada 2004, perubahan drastik dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan membenarkan hanya 8 kelab bertanding di Liga Super Malaysia. Manakala 16 kelab bersaing di Liga Premier Malaysia yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Selepas tiga musim Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali lagi mengubah jumlah kelab kepada 13 kelab. Pada musim 2008, FIFA mengkritik format Liga Malaysia yang digunakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima kritikan tersebut dan mereka menambah jumlah kelab kepada 14 kelab. Bermula tahun 2013, jumlah kelab kembali dikurangkan kepada 12 kelab di mana sistem perlawanan play off diperkenalkan. Jadual di bawah adalah jumlah penyertaan kelab ke Liga Malaysia utama di Malaysia sejak tahun 1982.

Maklumat lanjut Musim, Jumlah Pasukan ...

Penajaan Liga

Maklumat lanjut Musim, Penaja ...
Remove ads

Pencapaian terbaik

Pencapaian terhebat untuk Liga Super diberi kepada pasukan yang memenangi 2 trofi (double) dan 3 trofi (treble) pada musim yang sama. Ianya merangkumi Liga Super Malaysia, Piala FA Malaysia dan Piala Malaysia.

Juara 'quadruple' (empat trofi) semusim

Maklumat lanjut Tahun, Pasukan ...

Kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menyapu bersih empat (4) piala iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia dalam satu musim buat kali ketiga berturut-turut (triple quadruple) tanpa kalah (invincible) pernah dicatatkan dalam sejarah bola sepak tanah air.

Juara 'triple' (tiga trofi) semusim

Juara 'double' (dua trofi) semusim

Remove ads

Senarai juara

Semenjak diasaskan pada 2004, lapan (8) pasukan telah menjuarai Liga Super Malaysia dengan Pahang menjadi juara yang pertama. Kedah menjadi pasukan pertama yang menjuarai liga untuk dua musim berturut-turut (2007-2008) diikuti oleh pasukan Selangor (2009-2010), Kelantan (2011-2012) dan terbaru pasukan Johor Darul Ta'zim (2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020, 2021, 2022, 2023) menjadi pasukan pertama yang menjuarai liga ini 10 musim berturut-turut.

Pasukan terbaik

Jadual di bawah adalah senarai bilangan kemenangan kejohanan oleh pemenang sejak tahun 2004.

Maklumat lanjut #, Kelab ...

Anugerah

Penjaring terbanyak

Maklumat lanjut Musim, Pemain ...
Remove ads

Lihat juga

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads