Stesen Subang Jaya

From Wikipedia, the free encyclopedia

Stesen Subang Jayamap
Remove ads

Stesen Keretapi Subang Jaya adalah stesen keretapi yang terletak di Subang Jaya, Selangor.

Fakta Segera Subang Jaya سوبڠ جاي‎, Lokasi ...

Ia adalah stesen pertukaran, dimana satu bahagian menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang dan KTM Laluan Skypark, dan satu bahagian lagi Laluan Kelana Jaya. Walau bagaimanapun, penumpang yang ingin menukar laluan perlu memperbaharui tiket kerana sistem tiket digunakan adalah berbeza untuk setiap laluan. Stesen bersepadu dibuka pada 30 Jun 2016 seiring dengan pembukaan sambungan jajaran LRT.

Remove ads

Sejarah

Stesen ini dibuka pada Ogos 1995 bagi perkhidmatan KTM Komuter dibawah Projek Landasan Elektrik Berkembar Lembah Klang.[1] Apabila pembinaan projek Sambungan Jajaran LRT bermula, stesen LRT telah direka menjadi stesen pertukaran antara sistem laluan LRT dan sistem KTM Komuter. Stesen baharu ini telah dibina bersebelahan stesen KTM sedia ada. Stesen bersepadu ini dibuka sebahagian daripada pembukaan sambungan jajaran Laluan Kelana Jaya ke Putra Heights, Selangor pada 30 Jun 2016.[2] KTM Laluan Skypark yang menghubungkan KL Sentral dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dibuka pada 1 Mei 2018.[3]

Remove ads

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen Subang Jaya terletak di SS 16 Subang Jaya, Selangor. Stesen ini juga terletak kira-kira 100m dari Persimpangan Subang LP 2 Lebuhraya Persekutuan. Terletak berhampiran stesen ini adalah UOA Busines Park, Hotel Subang Avenue, pangsapuri Saujana Residency, kawasan komersial SS 15, pusat membeli-belah Subang Parade dan pusat membeli-belah Aeon Big Subang.

Pelan stesen

L2
Platform
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (GCG-Glenmarie)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (SS 15)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan sambungan tidak berbayar KTM dengan LRT Akses OKU
G
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Akses OKU
KTM Arah Utara 2 Laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang menghala ke Tanjung Malim (Setia Jaya)
10 Laluan Skypark menghala ke KL Sentral
Landasan Pintasan
Landasan Pintasan
KTM Arah Selatan 2 Laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang menghala ke Pel. Klang (Batu Tiga)
10 Laluan Skypark menghala ke Terminal Skypark
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform LRT, aras legar, dan aras tanah (platform KTM terletak di aras ini). Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas aras legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya dan dua platform sisi di bawah aras legar untuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif di kawasan LRT dan KTM. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[4]


Bagi penumpang yang ingin menukar laluan di stesen ini perlu membeli tiket baharu di stesen ini. Hal ini demikian kerana KTM dan LRT menggunakan sistem tiket yang berlainan kerana dioperasikan oleh dua syarikat berbeza.

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan 641 dan T770 berkhidmat di stesen ini. Bas percuma Smart Selangor laluan SJ01 juga berkhidmat di stesen ini.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads