Stesen Komuter Terminal Skypark

From Wikipedia, the free encyclopedia

Stesen Komuter Terminal Skypark
Remove ads

Stesen Komuter Terminal Skypark ialah sebuah stesen keretapi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor, Malaysia dan merupakan stesen bagi KTM Komuter Laluan Skypark. Stesen ini dibuka pada 1 Mei 2018 apabila perkhidmatan KTM Komuter Laluan Skypark mula berkhidmat. Stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api dari Kuala Lumpur ke Terminal Skypark Subang (Terminal 3) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.[1]

Fakta Segera Terminal Skypark, Lokasi ...
Remove ads

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor. DI sebelah barat laut stesen adalah kawasan parkir terbuka Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah manakala di sebelah timur laut stesen adalah Sungai Damansara. Juga terletak berhampiran stesen ini adalah pejabat National Aerospace & Defence Industries, pejabat Airod Sdn Bhd, Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur dan Metro Parking Subang Airport.

Pelan stesen

L1
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Akses OKU
KTM Arah Selatan 10 Laluan Skypark menghala ke KL Sentral (Subang Jaya)
KTM Arah Utara 10 Laluan Skypark berakhir di stesen ini, keluar sahaja
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan Tempat letak kenderaanAkses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana ruang legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan KTM Komuter Laluan Skypark.

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan 772, T773 dan T804 berkhidmat di hentian bas Subang Skypark Terminal yang terletak berhampiran stesen.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads