Stesen LRT Ampang

Sebuah stesen LRT Laluan Ampang yang terletak di Ampang, Selangor. From Wikipedia, the free encyclopedia

Stesen LRT Ampang
Remove ads

Stesen LRT Ampang adalah stesen LRT di Ampang, Selangor dimana Laluan Ampang berkhidmat di stesen ini. Stesen ini adalah stesen terminal timur bagi Laluan Ampang. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 1996 dengan pembukaan LRT STAR antara stesen ini dan stesen Sultan Ismail.[1] Jajaran LRT ini antara Chan Sow Lin dengan stesen ini menggunakan jajaran KTM lama antara Ampang Junction dengan Ampang. Jajaran KTM ini sepanjang 3.8 batu (6.1 km) pada asalnya dibuka pada 1 Mei 1914.[2]

Fakta Segera Ampang أمڤڠ‎, Lokasi ...
Remove ads

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di Ampang Jaya, Selangor berhampiran Jalan Ampang dan Jalan Pasar. Di sebelah barat stesen adalah Taman Dagang manakala di sebelah timur stesen adalah kompleks perniagaan Ampang Mewah. Juga terletak berhampiran stesen adalah pejabat Kedutaan Zimbabwe, Kampung Melayu Ampang, Pekan Ampang, SK Ampang, Masjid Jamiul Huda dan Surau An-Nur Taman Dagang.

Pelan stesen

G Bangunan stesen Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, kedai serbaneka, laluan pejalan kaki ke MSPR, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU
G
Platform
Landasan tidak digunakan
Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di sebelah sini
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan Akses OKU
AG Arah Selatan 3 Laluan Ampang menghala ke  AG1  Sentul Timur (Cahaya)

Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Ampang. Stesen ini mempunyai kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[3] Selain itu, terdapat sebuah bangunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 1,140 petak parkir kereta — 20 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU dan 200 petak parkir disediakan khas untuk wanita —[4] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[5]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan BET7, 300, T301, T302, 303 dan bas Smart Selangor laluan AJ2A berkhidmat di stesen ini.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads