Stesen LRT Dato' Keramat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Stesen LRT Dato' Keramat ialah stesen LRT yang terletak di utara Kuala Lumpur, Malaysia. Nama stesen ini diambil sempena Jalan Dato Keramat. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen kedua Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan stesen Gombak (tidak termasuk stesen Sri Rampai).[1]
Remove ads
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Keramat di Kampung Dato Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia. Di sebelah selatan stesen adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Sungai Klang. Stesen ini terletak berhampiran persimpangan Dato' Keramat
Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur AKLEH. Juga terletak berdekatan stesen ini adalah kawasan rekereasi Taman Tasik Datuk Keramat, Kompleks Sukan Dato' Keramat, Pasar Dato Keramat, Masjid al-Akram, Balai Bomba dan Penyelamat Jelatek, SRI al-Alusi, SK Datuk Keramat 1& 2 dan pangsapuri mewah Picasso Residence.
Pelan stesen
L1 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri ![]() | |
KJ Arah Utara | ← 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ1 Gombak (Jelatek) | |
KJ Arah Selatan | → 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ37 Putra Heights (Damai) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri ![]() | ||
G | Aras tanah | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/ keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian ![]() |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]
Perkhidmatan bas
Bas RapidKL laluan Rapid Bus: 220, Rapid Bus: 221 dan T224 berkhidmat di stesen ini.
Pintu stesen
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads