Stesen kereta api

kemudahan landasan kereta api di mana kereta api berhenti secara tetap untuk menerima atau meletakkan penumpang dan/atau muatan From Wikipedia, the free encyclopedia

Stesen kereta api
Remove ads

Stesen kereta api, stesen keretapi atau depoh ialah kemudahan pengangkutan rel atau tempat di mana kereta api biasanya berhenti untuk mengambil/menurunkan para penumpang dan mengangkut barangan atau kedua-duanya sekali.[1] Ia biasanya terdiri daripada sekurang-kurangnya satu platform, satu trek dan bangunan stesen yang menyediakan perkhidmatan sampingan seperti penjualan tiket, bilik menunggu dan perkhidmatan bagasi/kargo.[2] Lazimnya terdapat pengangkutan awam lain yang berhubung dengan stesen kereta api seperti bas dan teksi.

Thumb
Stesen kereta api di Malaysia.
Remove ads

Sejarah

Thumb
Stesen Bakar Street di London, ialah stesen bawah pertama di dunia.

Depoh pertama yang direkodkan di dunia ialah The Mount on the Oystermouth Railway (kemudian ia dikenali sebagai Swansea and Mumbles) di Swansea, Wales.[3] Perkhidmatan penumpang dimulakan pada tahun 1807, walaupun kereta api itu ditarik menggunakan larian kuda dan bukannya menggunakan enjin lokomotif.[4] Stesen dua tingkat Mount Clare di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat, yang kekal sehingga kini menjadi sebagai muzium, merupakan stesen pertama yang menwarkan perkhidmatan penumpang sebagai perhentian Kereta Api Baltimore dan Ohio yang ditarik kuda pada 22 Mei 1830.[5]

Remove ads

Kemudahan

Thumb
Mesin tiket di Stesen MRT Surian.

Stesen kereta api biasanya mempunyai kakitangan pejabat jualan tiket, mesin tiket automatik, atau kedua-duanya, walaupun pada beberapa laluan kereta api tiket dijual di atas kereta api. Kedai serbaneka juga boleh dijumpai di stesen kereta api. Stesen yang lebih besar biasanya mempunyai kemudahan makanan segera atau restoran. Di sesetengah negara, stesen juga mungkin mempunyai bar atau pub. Kemudahan stesen lain mungkin termasuk: tandas, bagasi, kauter hilang dan jumpa, papan berlepas dan ketibaan, kereta bagasi, bilik menunggu, perhentian teksi, ruang bas dan juga tempat letak kereta. Stesen yang lebih besar cenderung mempunyai rangkaian kemudahan yang lebih luas termasuk juga pejabat keselamatan stesen. Stesen asas mungkin hanya mempunyai platform, walaupun ia mungkin masih dibezakan daripada perhentian (bahasa Inggeris: halt), tempat perhentian yang mungkin tidak mempunyai platform.

Remove ads

Pencapaian

Thumb
Stesen Shinjuku.

Lihat juga

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads