Stesen MRT Surian

From Wikipedia, the free encyclopedia

Stesen MRT Surianmap
Remove ads

Stesen MRT Surian ialah stesen transit aliran deras (MRT) bertingkat di Dataran Sunway, Kota Damansara, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Kajang, yang sebelum ini dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh-Kajang. Ia terletak di antara Stesen MRT Kota Damansara dan Stesen MRT Mutiara Damansara dan mempunyai kod stesen iaitu KG07.[1]

Fakta Segera Surian, Lokasi ...
Remove ads

Sejarah

Thumb
Permandangan laluan pejalan kaki untuk masuk ke stesen dari Pintu B. Di sebelah kiri, ialah Persiaran Surian.

Projek Laluan MRT Kajang telah mula dibina secara rasmi pada 8 Julai 2011 dan berakhir pada tahun 2017.[a][2][3][4] Pada 2012, nama sementara untuk stesen ini adalah Stesen MRT Dataran Sunway kerana ia terletak berhampirannya tetapi pada tahun 2014, Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) telah menukar nama stesen ini kepada Stesen MRT Surian.[5][6]

Nama stesen ini mungkin diambil dari jalan raya Persiaran Surian yang terletak di bawah stesen. Stesen MRT Surian telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 16 November 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 Laluan Kajang, iaitu dari Stesen Sungai Buloh hinga Stesen Semantan.[1][4][7] Stesen ini juga merupakan salah satu stesen yang termasuk dalam projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT) dan dikendalikan oleh Rapid Rail yang juga merupakan anak syarikat kepada Prasarana Malaysia.

Remove ads

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Persiaran Surian, Kota Damansara, Selangor. Di sebelah utara stesen adalah pusat komersial Dataran Sunway (menempatkan pusat membeli-belah Sunway Giza)[8] dan di sebelah selatan stesen adalah kompleks kondominium dan pusat membeli-belah Tropicana Gardens. Juga terletak berhampiran stesen adalah kompleks pangsapuri mewah Casa Indah Kelab Golf Seri Selangor, Pasar Raya Besar Giant Kota Damansara dan Encorp Strand Mall.[9]

Pelan stesen

Thumb
Kaunter perkhidmatan pelanggan di aras legar.
L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
SBK Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  KG35  Kajang (Mutiara Damansara)
SBK Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  KG04  Kwasa Damansara (Kota Damansara)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
L1 Aras legar Kedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke Sunway Nexis dan Tropicana Gardens Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Aras tanah (G) dipisahkan oleh jalan raya Persiaran Surian dan juga merupakan perhentian bas, teksi dan kenderaan peribadi serta pintu masuk dan keluar stesen. Setelah memasuki stesen terdapat aras legar stesen MRT Surian dimana terdapat mesin tiket, pagar tambang, kedai serbaneka, tandas awam, surau dan pusat perkhidmatan pelanggan. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[10][9]

Pintu stesen

Terdapat empat pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Surian, Pintu A, Pintu B, Pintu C dan sambungan ke Tropicana Gardens. Masing-masing terletak di lokasi yang berbeza dan Terdapat dua pintu masuk dan keluar mempunyai kemudahan lif, eskalator dan tangga yang menuju ke platform stesen. Perkhidmatan bas pengantara beroperasi di Pintu A dan Pintu B.[11][12][13] Kedudukan Pintu A stesen terletak di selatan stesen berdekatan dengan Pusat Membeli-Belah Tropicana Gardens manakala Pintu B pula terletak di utara stesen berdekatan dengan Dataran Sunway, dan bangunan kedai-kedai di Jalan PJU 5/8.[10][9] Terdapat dua jambatan pejalan kaki yang telah dipersetujui oleh MRT Corp iaitu, dari Sunway Nexis (Pintu C) dan Tropicana Gardens; jambatan tersebut akan disambungkan ke aras legar stesen MRT Surian.[14]

Maklumat lanjut Pintu, Lokasi ...

Reka bentuk stesen

Konsep reka bentuk stesen adalah sama seperti stesen MRT Laluan Kajang yang bertingkat lainnya iaitu berdasarkan konsep pondok wakaf Islam. Stesen ini adalah terbuka, tinggi dan dapat diterangi oleh cahaya semula jadi serta ia mempunyai aliran udara yang baik dan sejuk.[15][16] Stesen ini juga menggunakan pintu skrin platform demi keselamatan pengguna MRT.[17]

Remove ads

Sambungan

Perkhidmatan bas

Bas Pengantara MRT ulang alik yang dimiliki oleh Rapid KL berkhidmat di Stesen MRT Surian. Terdapat dua laluan yang telah direkacipta iaitu, laluan T807 (MRT Surian–Ara Damansara) dan T808 (MRT Surian–Seksyen 11 Kota Damansara).[18] Kekerapan bas pengantara MRT ialah di antara 10 minit hingga 15 minit. Laluan bas ini dibuka selaras dengan pembukaan Fasa 1 Laluan Kajang pada Disember 2016.[12][13] Selain itu, laluan bas lain seperti 780 yang berasal dari Seksyen 8 Kota Damansara, menuju ke Hab Pasar Seni serta laluan bas 802 berasal dari Seksyen 11 Kota Damansara yang menuju ke Stesen LRT Kelana Jaya juga berkhidmat di stesen ini.[18]

Maklumat lanjut Laluan, Koridor ...

T807

Thumb
Perhentian SK Seksyen 11 Kota Damansara

Perkhidmatan bas laluan T807 akan melalui dan menghubungkan kawasan perumahan penduduk di Ara Damansara, Tropicana dan Tropicana Indah, dengan 23 buah perhentian bas (tidak termasuk terminal). 23 buah perhentian bas itu adalah Sekolah Antarabangsa St. Joseph's Institution, Tropicana Avenue, Menara Lien Hoe, Damansara Lagenda, Idaman Villas, Taipan 1 (Opp), Winchester, Stesen LRT Lembah Subang, Pusat Dagangan NZX, Winchester (Opp), Ara Permata, Balai Polis Ara Damansara, Ara Vista, Ara Putra (Opp), Maisson Condo, Taipan 1, Damansara Idaman, Damansara Lagenda (Opp), Kelab Golf Tropicana, Tropicana Grande, Casa Tropicana, Sunway Sutera, dan Cita Damansara. T807 akan melalui beberapa jalan utama seperti Persiaran Damansara Indah di Tropicana Indah, Persiaran Tropicana dan Jalan Tropika Utama di Tropicana, Jalan PJU 1A/1, Jalan PJU A1/3, Jalan PJU A1/46, Jalan PJU A1/41, Jalan PJU 3/22, dan Jalan PJU A1/20 di Ara Damansara. Terminal laluan bas T807 ialah MRT Surian Pintu A dan Dataran Ara Damansara.[12][20]

T808

Perkhidmatan bas laluan T808 akan melalui dan menghubungkan kawasan komersial Dataran Sunway dan Seksyen 11 dengan lapan buah perhentian bas (tidak termasuk terminal). Lapan buah perhentian bas itu adalah Dataran Sunway Timur Timur, The Strand Timur, Pangsapuri Dedap Blok 10, D,Villa Avenue, Aeon Big Kota Damansara (atau NSK Trade City Kota Damansara)), Pangsapuri Dedap Blok 1, The Strand Barat dan Dataran Sunway Barat. T808 akan melalui beberapa jalan utama di Kota Damansara seperti Persiaran Mahogani, Jalan PJU 5/1 dan Jalan Kenyalang 11/3. Terminal laluan bas T808 ialah MRT Surian Pintu B dan SK Seksyen 11 Kota Damansara.[13][21]

Remove ads

Galeri

Remove ads

Nota

  1. Stesen ini dan stesen lain yang dibawah pembukaan Fasa 1 telah disiapkan awal berbanding stesen-stesen yang berada di Fasa 2 Laluan Kajang.[22]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads