Sukan Asia Tenggara 2009

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sukan Asia Tenggara 2009
Remove ads

Sukan Asia Tenggara 2009 (Bahasa Laos: ກີລາພູມິພາກອາຊີຕາເວັນອອກສຽງໃຕ້ 2009, translit. Kila phoumipak asi taven oak siang tai 2009), dikenali secara rasminya sebagai Sukan Asia Tenggara ke-25 merupakan sebuah temasya sukan yang dianjurkan oleh Vientiane, Laos.

Fakta Segera Cogan kata, Penyertaan negara ...
Remove ads

Pembangunan dan persiapan

Tempat

[1][2]

Vientiane
Kompleks Sukan Negara Baru
  • Stadium Nasional (Upacara, Olahraga, Bola sepak)
  • Stadium Akuatik (Akuatik, Renang sirip)
  • Lapangan Memanah (Memanah)
  • Gimnasium 1 (Badminton)
  • Gimnasium 2 (Bola Tampar dalam dewan)
  • Lapangan menembak (Menembak)
  • Gelanggang tenis (Tenis)
Universiti Kebangsaan Laos
  • Stadium Universiti (Bola sepak wanita)
  • Gimnasium Olympasia (Tinju)
  • Dewan konvensyen (Ping pong)
  • Gimnasium Booyong (Taekwondo, Gusti)
  • Gelanggang petanque (Petanque)
  • Perkampungan atlet
Pusat Konvensyen dan Pameran Dagangan Antarabangsa Lao
  • Dewan 3 (Pencak Silat)
  • Dewan 1 (Sepak Takraw)
  • Dewan 2 (Wusyu)
Pusat Sukan Beung Kha Nong
  • Gymnasium 1 (Sepak bulu ayam)
  • Gimnasium Lao Thai (Muay)
Tempat lain
  • That Luang, Jalan Lan Xang, Samsenethai, Thadeua km10, T4, Jalan Kaysone (Lumba basikal percubaan masa perseorangan)
  • Dataran Done Noune Tri, Ban Keun, pusing balik (Lelaki: Pasar Thalath, Wanita: Pakkhanhoung) (Lumba basikal permulaan beramai-ramai)
  • Hotel Istana Donchan (Biliard dan Snooker)
  • Stadium Chao Anu Vong (Bola sepak)
  • Gimnasium Chao Anu Vong (Judo, Karate)
  • Tad Sone (Lumba basikal bukit rentas desa)
  • Dane Song (Lumba basikal bukit turun bukit)
  • Sekolah Pornsawan (Angkat berat)
  • Padang Golf Sukan SEA (Golf)
Remove ads

Pemasaran

Logo bagi Sukan Asia Tenggara 2009 ialah imej Pha That Luang, mercu tanda negara dan kuil Laos di sebelah Sungai Mekong. Kuil tersebut mewakili Laos sebagai tuan rumah Sukan Asia Tenggara 2009 dan Budaya, Seni dan sejarah Laos, sementara Sungai Mekong yang diserupai tiga buah garisan beralun di bawah kuil tersebut mewakili asal kehidupan, budaya dan gaya hidup rakyat Laos terutamanya dalam sukan. Sungai tersebut juga mewakili persepaduan negara-negara Asia Tenggara dan persahabatan yang diwujudkan melalui pertandingan sukan.

Maskot

Thumb
Maskot Sukan SEA ke-25

Maskot bagi Sukan Asia Tenggara 2009 ialah dua gajah putih berpakaian tradisi Laos yang bernama Champa, gajah jantan dan Champi, gajah betina. Dua gajah putih tersebut menandakan negara tuan rumah Laos sebagai satu kerajaan diRaja Lan Xang pada zaman purbanya, yang bermaksud "Kerajaan Raja Jutaan Gajah". Wajah maskot-maskot yang ceria mewakili suasana yang gambira dan meriah semasa temasya sukan dan sambutan mesra dari Laos sebagai negara tuan rumah Sukan SEA ke-25.[3][4]

Remove ads

Temasya sukan

Negara peserta

Acara sukan

Oleh sebab kemudahan sukan terhad di Vientiane dan tiada pantai di Laos, hanya 25 sukan akan dipertandingkan, berbanding dengan 43 yang telah diadakan di Nakhon Ratchasima, Thailand. Antara sukan Olimpik yang dikeluarkan daripada temasya sukan adalah besbol, lumba kanu, lumba perahu layar, gimnastik, hoki, lumba perahu dayung, lawan pedang, triatlon, ekuestrian, sofbol dan bola keranjang.

  • Menembak
  • Muay (butiran
  • Pencak Silat²
  • Pétanque²
  • Ping pong
  • Sepak Takraw1
  • Sepak bulu ayam (butiran)h
  • Taekwondo
  • Tenis
  • Tinju
  • Olahraga (butiran)
  • Wusyu1

¹ - bukan acara rasmi Sukan Olimpik
² - acara yang dimainkan di Sukan SEA sahaja
³ - bukan satu acara tradisional Olimpik atau Sukan SEA dan hanya diperkenalkan oleh negara tuan rumah.
° - satu bekas acara Sukan Olimpik, tidak dipertandingkan pada temasya sebelumnya dan hanya diperkenalkan oleh negara tuan rumah.
ʰ - sukan tidak dipertandingkan pada edisi lepas dan diperkenalkan semula oleh negara tuan rumah.

Takwim

OCUpacara pembukaan Pertandingan acara 1Acara pingat emas CCUpacara penutupan
Maklumat lanjut Disember, 2 Rab ...

Jadual pingat

Petunjuk

  *   Tuan rumah (Laos)

Maklumat lanjut Ked., Negara ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads