Sukan Asia Tenggara 2013

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sukan Asia Tenggara 2013
Remove ads

Sukan Asia Tenggara ke-27 dijadualkan akan diadakan di Naypyidaw, ibu negara baru Myanmar,[1] dan termasuk bandar utama lain, Yangon, Mandalay[2] dan Pantai Ngwesaung.[3]

Fakta Segera Bandar tuan rumah, Cogan kata ...
Remove ads

Maskot

Thumb
Maskot rasmi, Shwe Yoe dan Ma Moe

Maskot rasmi Sukan SEA 2013 ialah sepasang burung hantu yang dianggap sebagai pembawa tuah dalam tradisi Myanmar. Yang jantan bernama Shwe Yoe sementara yang betina bernama Ma Moe.[4]

Tempat

Thumb
Yangon
Yangon
Mandalay
Mandalay
Naypyidaw
Naypyidaw
Ngwesaung
Ngwesaung
Bandar-bandar tuan rumah

Naypyitaw

Kompleks Sukan Wunna Theikdi
  • Stadium Utama (Upacara pembukaan dan penutup, Olahraga)
  • Stadium Tertutup (Sepak Takraw, Wusyu, Badminton, Karate, Taekwondo, Pingpong)
  • Stadium Tertutup Futsal (Futsal)
  • Stadium Tertutup Tinju (Boxing, Muay)
  • Stadium Tertutup Biliard & Snuker (Biliard)
  • Pusat Akuatik (Terjun, Berenang)
  • Equestrain Field (Equestrain)
  • Cycling Field (Cycling - Track)
Kompleks Sukan Zayyarthiri
  • Stadium Utama (Bola sepak)
  • Stadium Tertutup (Bola tampar, Judo, Vovinam, Pencak silat, Bola keranjang)
  • Kolam Renang (Polo air)
Lain-lain
  • Mount Pleasant (Lumba basikal BMX, rentas desa, turun bukit)
  • Ngalike Dam (Berkanu, Mendayung, Lumba perahu tradisional)
  • Jalan raya Leway, Pyinmanar, Tatkon (Lumba basikal - Jalanan)
  • Royal Myanmar Golf Course (Golf)
  • Zabuthiri Hotel (Catur)

Yangon

  • Stadium Thuwunna (Bola Sepak)
  • Stadium Tertutup Thuwunna (Gusti, Kenpō)
  • Stadium Thein Phyu (Weightlifting)
  • Padang Hoki (Hoki)
  • Padang Menembak Dagon Utara (Menembak)
  • Pusat Konvensyen Myanmar (Bina badan)

Mandalay

Ngwesaung

  • Pantai Ngwesaung (Perahu layar)
Remove ads

Temasya

Upacara pembukaan

Upacara pembukaan diadakan pada 11 Disember 2013 di Stadium Wunna Theikdi. Ia menandakan temasya sukan terbesar di Myanmar sejak tahun 1969. Majlis yang ditaja oleh China ini didahului dengan hiburan pra-pelancaran dengan pertunjukan cahaya dramatis.

Bunga api dilepaskan ketika kemasukan Presiden Thein Sein ke dalam stadium. Lagu tema "Colourful Garden" didendangkan pada upacara penaikan bendera selepas persembahan oleh 12,000 orang murid sekolah serta Myanmar Royal Auspicious Orchestra. Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA ke-27, Naib Presiden Nyan Tun mengisytiharkan pembukaan Sukan SEA dengan satu lagi pertunjukan bunga api yang menerangi malam. Larian obor bertukar-tukar tangan melalui enam orang bekas olahragawan Myanmar sehingga Aye Myint Kyu selaku Menteri Kebudayaan menyerahkannya kepada seorang pemanah Myanmar yang menyala kawah Sukan dengan menembakkan anak panah ke dalamnya.

Diadakannya pertunjukan seni dan kebudayaan tentang sejarah Myanmar diiringi dengan persembahan tarian di akhir upacara.[5]

Sukan

Myanmar mengadakan 37 jenis sukan, iaitu kurang daripada Sukan Asia Tenggara 2011 di Indonesia.[6] Pihak penganjur tidak menyertakan bola tampar pantai dan sukan menari kerana mendapati pakaiannya tidak sesuai dengan wanita tempatan.[7] Tenis dan gimnastik dalam acara-acara Olimpik yang pantang diadakan pada bulan Disember. Dalam edisi Sukan SEA kali ini, floorball turut diadakan sebagai sukan demonstrasi.[8] Sukan-sukan berikut diadakan dalam Sukan SEA 2013.

Remove ads

Penyertaan negara

      Tuan rumah

Maklumat lanjut Negara, Atlit ...

Jadual pingat

Petunjuk

  *   Negara tuan rumah (Myanmar)

Maklumat lanjut Ked., Negara ...

[27][28]

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads