Sukan Komanwel 2006

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sukan Komanwel 2006
Remove ads

Sukan Komanwel 2006, secara rasminya Sukan Komanwel XVIII, telah diadakan di Melbourne, Victoria, Australia di antara 15 dan 26 Mac 2006. Ia merupakan acara sukan terbesar pernah diadakan di Melbourne, mengatasi Sukan Olimpik Melbourne 1956 dalam aspek jumlah penyertaan pasukan, atlet bersaing, dan acara yang dipertandingkan.

Fakta Segera Bandar tuan rumah, Cogan kata ...

Tapak untuk upacara pembukaan dan penutupan adalah di Melbourne Cricket Ground yang turut digunakan semasa Sukan Olimpik Melbourne 1956. Maskot untuk temasya ini ialah Karak,[2] sejenis Kakaktua Hitam Ekor Merah (satu spesies terancam).

Untuk kali pertama, Sukan Komanwel Melbourne 2006 melantik Rakan Muhibah, Plan International Australia.[3]

Thumb
Sukan Komanwel XVIII 2006 Melbourne - Bot Ikan di Sungai Yarra
Remove ads

Pembidaan

Semasa Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, Malaysia, dua bandar menyatakan hasrat menjadi tuan rumah acara ini; Melbourne dan Wellington, New Zealand. Wellington bagaimanapun menarik balik bidaannya, memetik kos yang diperlukan untuk menyamai rancangan yang dibentangkan Melbourne, yang menjadi tuan rumah secara automatik tanpa anggota Persekutuan perlu mengundi.[4]

Acara sukan

Thumb
Ragbi di Temasya 2006

Sukan Komanwel 2006 mengandungi 16 jenis sukan, dengan 12 sukan individu dan 4 sukan berpasukan. Keseluruhan terdapat 247 acara dalam temasya.

Empat daripada sukan tersebut terbahagi kepada disiplin berbeza, menjadikan keseluruhan 24 disiplin:

  • Akuatik: terjun, renang, renang berirama.
  • Berbasikal: litar, jalan, basikal bukit.
  • Gimnastik: artistik, berirama.
  • Menembak: sasaran tanah liat, pistol, small bore and air rifle, full bore rifle.

Sukan olahraga, renang, ping pong dan angkat berat include fully integrated events for elite athletes with a disability (EAD). These events are included in the official medal tally.

Remove ads

Penyertaan negara

Thumb
Negara dan kawasan yang bersaing dalam temasya 2006

Terdapat 71 penyertaan negara, wilayah, dan kawasan Komanwel pada Sukan Komanwel 2006.[5] Perbezaan antara temasya 2006 dan temasya 2002 hanya adalah ketidakhadiran Zimbabwe, yang menarik diri daripada Negara-Negara Komanwel.

  •  Anguilla
  •  Antigua dan Barbuda
  •  Australia
  •  Bahamas
  •  Bangladesh
  •  Barbados
  •  Belize
  •  Bermuda
  •  Botswana
  •  Kepulauan Virgin British
  •  Brunei
  •  Cameroon
  •  Kanada
  •  Kepulauan Cayman
  •  Kepulauan Cook
  •  Cyprus
  •  Dominika
  •  England
  •  Kepulauan Falkland
  •  Fiji
  •  Gambia
  •  Ghana
  •  Gibraltar
  •  Grenada
  •  Guernsey
  •  Guyana
  •  India
  •  Isle of Man
  •  Jamaica
  •  Jersey
  •  Kenya
  •  Kiribati
  •  Lesotho
  •  Malawi
  •  Malaysia
  •  Maldives
  •  Malta
  •  Mauritius
  •  Montserrat
  •  Mozambique
  •  Namibia
  •  Nauru
  •  New Zealand
  •  Nigeria
  •  Niue
  •  Pulau Norfolk
  •  Ireland Utara
  •  Pakistan
  •  Papua New Guinea
  •  Saint Helena
  •  Saint Kitts dan Nevis
  •  Saint Lucia
  •  Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine
  •  Samoa
  •  Scotland
  •  Seychelles
  •  Sierra Leone
  •  Singapura
  •  Kepulauan Solomon
  •  Afrika Selatan
  •  Sri Lanka
  •  Eswatini
  •  Tanzania
  •  Tonga
  •  Trinidad dan Tobago
  •  Kepulauan Turks dan Caicos
  •  Tuvalu
  •  Uganda
  •  Vanuatu
  •  Wales
  •  Zambia

Pungutan pingat

  *   Tuan rumah (Australia)

Maklumat lanjut Kedudukan, Negara ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads