Sukhoi Su-57

Pesawat pejuang berbilang peranan siluman enjin berkembar yang dibangunkan oleh Sukhoi From Wikipedia, the free encyclopedia

Sukhoi Su-57
Remove ads

Sukhoi PAK FA (atau PAK-FA) merupakan sebuah pesawat pejuang generasi ke-5 yang sedang dibangunkan oleh Rusia. PAK FA merupakan singkatan bagi Perspektivnyi Aviatsionnyi Kompleks Frontovoi Aviatsyi (Перспективный авиационный комплекс фронтовой авиации dalam Bahasa Rusia) yang bermaksud Sistem Pesawat Prospektif Penerbangan Barisan Hadapan. Ia sedang dibangunkan oleh Sukhoi OKB, yang mana kod rujukan projek dalamannya adalah T-50. Pembangunan PAK FA adalah bertujuan untuk mengantikan pesawat-pesawat MiG-29 Fulcrum dan Su-27 Flanker di dalam perkhidmatan dengan Tentera Udara Rusia. Pesawat ini telah membuat penerbangan sulung pada 29 Januari, 2010 dan dijangka akan memasuki perkhidmatan dengan Tentera Udara Rusia pada tahun 2013. PAK FA telah direka untuk bersaing dengan pesawat F-22 Raptor dan F-35 Lightning II, yang mana merupakan jet pejuang generasi ke-5 di dunia.[11]

Fakta Segera PAK FA, Peranan ...
Remove ads

Pembangunan

Thumb
Imej janaan komputer bagi MiG 1.44 dengan rekabentuk sayap delta.

Pada akhir 1980-an, Kesatuan Soviet telah menggariskan keperluan untuk pesawat generasi baru bagi mengantikan angkatan pesawat MiG-29 dan Su-27 dalam perkhidmatan barisan hadapan. Dua projek telah dicadangkan bagi memenuhi keperluan ini, iaitu Sukhoi Su-47 dan Mikoyan Projek 1.44. Pada 2002, Sukhoi telah dipilih bagi mengetuai rekabentuk pesawat tempur baru. PAK FA akan menggabungkan teknologi dari kedua pesawat Su-47 dan MiG 1.44.

Pusat Pengeluaran dan Saintifik Teknokompleks, Ramenskoye Instrument Building Design Bureau, Institut Penyelidikan Saintifik Pembinaan Peralatan (Zhukovskiy), Kilang Mekanikal dan Optikal Ural (Yekaterinburg), firma Polet (Nizhniy Novgorod) dan Institut Kejuruteraan Penyelidikan Radio Pusat (Moscow) telah diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan yang diadakan pada awal 2003 untuk membangunkan kelengkapan avionik bagi pesawat generasi ke-5. NPO Saturn pula telah dikenal pasti untuk mengetuai kerja pembangunan enjin bagi pesawat ini.

Persatuan Pengeluaran Penerbangan Novosibirsk Chkalov (NAPO) telah memulkan pembinaan pesawat tempur generasi ke-5. Kerja-kerja ini telah dilakukan di Komsomol'sk-on-Amur; berdasarkan kenyataan Pengurus Besarnya Fedor Zhdanov semasa lawatan ke NAPO oleh Gabenor Novosibirsk Oblast, Viktor Tolokonskiy pada 6 Mac 2007.

Pada 8 Ogos 2007, Komander Tentera Udara Rusia, Aleksandr Zelin telah dipetik oleh agensi akhbar Rusia mengatakan bahwa tahap pembangunan bagi program PAK FA telah selesai dan pembinaan pesawat prototaip untuk ujian penerbangan telah bermula.[12]

Remove ads

Sejarah operasi

Ujian

Pusat Ujian Penerbangan kebangsaan ke-929 telah menerima prototaip T-50 pertamanya bagi tujuan ujian lanjut pada bulan Mac 2014, dan Panglima Tentera Udara Rusia, Leftenan Jeneral Viktor Bondarev mengatakan bahawa penghantaran awal pesawat T-50 dijangka bermula pada tahun 2016.[13][14][15] Ujian persenjataan luaran akan bermula pada Mei 2014.[16]

Eksport

Sukhoi mengatakan bahawa kelebihan utama eksport pesawat ini adalah kosnya yang lebih rendah berbanding pesawat pejuang generasi ke-5 buatan Amerika Syarikat.[17] Rusia dilaporkan telah menawarkan pesawat PAK FA bagi pesawat pejuang generasi baru Korea Selatan.[18] Agensi perolehan pertahanan Koera Selatan mengesahkan bahawa pesawat Sukhoi PAK FA merupakan salah satu calon dalam pesawat pejuang generasi baharu (F-X Fasa 3) untuk Tentera Udara Republik Korea;[19] walau bagaimanapun, Sukhoi tidak menghantar bidaan selepas tarikh akhir pada bulan Januari 2012.[20]

Pusat Analisis Perdagangan Senjata Dunia Rusia menjangka pesawat PAK FA akan sedia untuk dieksport bermula pada tahun 2025;[21] termasuk pesawat versi eksport utama, Sukhoi/HAL FGFA untuk India,[22] [23] Ruslan Pukhov, pengarah Pusat Analisis Strategi dan Teknologi menjangkakan Vietnam akan menjadi pelanggan eksport kedua.[24] Pada tahun 2012, Menteri Pertahanan Rusia, Anatoly Serdyukov mengatakan bahawa Rusia dan India akan bersama-sama membina versi eksport pesawat T-50 bermula pada tahun 2020.[25] Mikhail Pogosyan, ketua United Aircraft Corporation, berkata pada tahun 2013 bahawa pesawat PAK FA dan Sukhoi/HAL FGFA akan menggunakan "sistem-sistem avionik dan pesawat yang serupa".[26]

Pada tahun 2013, Rusia telah membuat permohonan kepada Brazil untuk membantu membangunkan pesawat generasi baru berdasarkan T-50.[27][28]

Pengguna berpotensi

Pada peringkat awal program PAK FA, India merancang untuk menjadi salah sebuah pelanggan luar terbesar yang membeli terbitan FGFA. Asalnya India menrancang untuk membeli 166 buah pesawat satu tempat duduk dan 48 buah pesawat dua tempat duduk,[29] tetapi kemudian mengubahnya kepada 214 buah pesawat satu tempat duduk,[30] dan mengurangkan lagi kepada 144 buah menjelang tahun 2012.[31] Pada April 2018, India menarik diri daripada projek FGFA, yang ia percaya tidak memenuhi keperluannya untuk ciri-ciri halimunan, avionik tempur, radar dan penderia pada masa itu.[32][33] Ketua Marshal Udara Birender Singh Dhanoa Tentera Udara India, dalam satu wawancara dengan media rasmi bagi Kementerian Pertahanan Rusia Krasnaya Zvezda (Red Star), menyatakan bahawa Su-57 buat masa itu tidak dipertimbangkan untuk digunakan, akan tetapi pesawat ini boleh dinilai semula setelah ia memasuki perkhidmatan dengan Pasukan Aeroangkasa Rusia.[34][35] Pengurus Besar United Aircraft Corporation, Yuri Slyusar bagaimanapun menafikan laporan terdahulu dengan menyatakan "topik tidak ditutup" dan Rusia dan India masih berbincang untuk membina pesawat pejuang generasi kelima.[36][37] Bagaimanapun pada Oktober 2019, Ketua Staf Udara Tentera Udara India, RKS Bhadauria mengatakan bahawa India tidak akan mengimport pesawat halimunan seperti Su-57, sebaliknya akan memfokuskan usaha-usaha asli tempatan seperti HAL AMCA.[38]

Sukhoi menyatakan bahawa kelebihan eksport utama bagi PAK FA adalah kos yang lebih rendah berbanding pesawat pejuang generasi kelima buatan AS.[39] Rusia dilaporkan menawarkan PAK FA untuk pesawat pejuang generasi baharu Korea Selatan.[40] Pihak Defense Acquisition Program Administration (DAPA) dari Korea Selatan menyatakan bahawa Sukhoi PAK FA merupakan satu calon untuk pesawat generasi baharu (F-X Phase 3) untuk Tentera Udara Republik Korea;[41] bagaimanapun, Sukhoi tidak menghantar bidaan menjelang tarikh akhir pada Januari 2012.[42] Pada tahun 2013, Rusia telah menawarkan kepada Brazil untuk menyertai dan mengeluarkan secara kerjasama sebuah pesawat pejuang generasi baharu berdasarkan Su-57.[43][44] Berbanding memilih Su-57 buatan Rusia dan Rafale buatan Perancis, Brazil telah menandatangani satu perjanjian dengan Saab Group Sweden untuk mengilangkan secara tempatan 36 buah pesawat pejuang Gripen E untuk Tentera Udara Brazil.[45][46][47]

Turkiye

Pada bulan Mei 2019, setelah penglibatan Turkiye di dalam program F-35 kabur ekoran pembelian sistem peluru berpandu S-400, CEO Rostec Sergey Chemezov berkata Rusia sedia untuk bekerjasama dengan Turkiye untuk mengeksport dan mengeluarkan Su-57 secara lokal.[48] Pada 14 September 2019, sebuah Su-57 telah mengambil bahagian dalam perayaan Technofest yang diadakan di Istanbul.[49] Bagaimanapun, pada 7 Februari 2020, Presiden Erdogan telah mengumumkan bahawa penggantian pesawat F-35 bukannya Su-57 buatan Rusia, tetapi sebaliknya pesawat generasi kelima buatan Turkiye, TF-X fighter.[perlu rujukan]

Algeria

Pada 27 Disember 2019, Algeria telah menandatangani satu kontrak pembelian 14 buah pesawat sebagai sebahagian daripada persetujuan ketenteraan besar termasuk pembelian pesawat tempur Su-34 dan Su-35. Keputusan ini dilaporkan terjadi pada musim panas 2019, apabila delegasi Algeria secara peribadi memeriksa Su-57 di pertunjukan udara MAKS-2019.[50][51][52] Algeria mengesahkan pembelian ini dan menjangka akan menerima Su-57E pertama pada tahun 2025.[53] Laporan mencadangkan bahawa pesawat ini akan tiba di Algeria menjelang hujung tahun 2026.[54]

Vietnam

Terdapat laporan bahawa Vietnam mungkin menjadi pelanggan Su-57.[perlu rujukan] Ia dijangka akan memperoleh pesawat pejuang bagi menggantikan armada usang 11 buah pesawat Su-27. Pada 9 Julai 2021, Vietnam mengumumkan keinginannya untuk membeli Su-57, tetapi meragui kualiti kerja tangan pesawat.[perlu rujukan]

Emirah Arab Bersatu

Rusia telah menawarkan Su-57E kepada UAE semasa IDEX 2021.[perlu rujukan] Semasa Pertunjukan Udara Dubai 2019, Chemezov telah berkata akan kemungkinan sebahagian rantaian bekalan Su-57 "secara tempatan" untuk negara-negara yang memutuskan untuk membeli pesawat ini, termasuk "…Emirah Arab Bersatu, India atau Turkiye…", bergantung pada keupayaan industri pertahanan negara terbabit.[55] Bagaimanapun, UAE menjauhkan diri daripada menandatangani kontrak dengan Rusia untuk mengelakkan sekatan CAATSA oleh Amerika Syarikat.[perlu rujukan]

Iraq

Pada tahun 2021, media Rusia menyatakan bahawa kepimpinan tentera Iraq termasuk pemeriksa kepada Kementerian Pertahanan Iraq, Imad Al-Zuhairin menyatakan minat negara itu terhadap Su-57, walau bagaimanapun tiada rundingan rasmi terjadi.[56]

Setakat tahun 2024, tiada sebuah pun pesawat Su-57 yang dieksport. Tambahan lagi, terdapat laporan menyatakan bahawa model eksport kemungkinan besar tidak tersedia sehingga penghujung dekad, meskipun pengeluarannya dijangka akan meningkat pada tahun 2024. Perang di Ukraine dan sekatan yang dikenakan juga menghadkan keupayaan Rusia untuk meneruskan pembangunan pesawat tempur canggihnya termasuk Su-57 dan Su-75.[57][58]


Remove ads

Kemalangan

Pada 10 Jun 2014, prototaip kelima iaitu T-50-5, telah rosak teruk kerana mengalami kebakaran enjin semasa mendarat. Juruterbang berjaya melepaskan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan. Sukhoi berkata mereka akan membaiki pesawat ini, dan kebakaran ini tidak "menjejaskan garis masa program ujian T-50".[59][60]

Spesifikasi (T-50)

Thumb
Diagram

Data dari Warfare.ru[61]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1/2 untuk versi India
  • Panjang: 22.0 m (72 kaki 2 in)
  • Rentang sayap: 14.2 m (46 kaki 7 in)
  • Tinggi: 6.05 m (19 kaki 10 in)
  • Sayap luas: 78.8 m² (848 kaki²)
  • Berat kosong: 18,500 kg (40,786 lb)
  • Berat berisi: 26,000 kg (57,320 lb)
  • Berat berguna: 7,500 kg (16,535 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 37,000 kg (81,571 lb)
  • Loji kuasa:Saturn-Lyulka AL-41F turbofan
    • Tujahan kering: 96.1 kN (9,800 kgf, 21,605 lbf) setiap satu
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 152 kN (15,500 kgf, 34,172 lbf) setiap satu

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: Mach 2+ di altitud (2450+ km/j, 1,500 bsj)
  • Had-g: 9 g)
  • Kelajuan sederhana: 1,300 km/j (807.8 bsj)
  • Jarak maksimum: 4,000 to 5,500 km (2,485 hingga 3,418 batu)
  • Lelangit khidmat 20,000 m (65,617 kaki)
  • Kadar kenaikan: 350 m/s (68,898 kaki/min)
  • Beban sayap: 470 kg/m² (96.3 lb/ft²)
  • Tujahan/berat: 0.84 (tujahan kering)
  • Tujahan/berat minimum:
    • Dengan pembakar lanjut: 1.19
  • Keperluan panjang landasan: 350 m (1,148 kaki)
  • Ketahanan: 3.3 jam (198 minit)

Persenjataan

Avionik

  • Radar: Radar N050(?)BRLS AESA/PESA (peningkatan IRBIS-E) pada Sukhoi Su-35
    • Frekuensi: 3 mm (0.118 in)
    • Ukur lilit: 0.7 m (2 kaki 4 in)
    • Sasaran: Menjejak 32, menyerang 8
    • Jarak: 400 km (248 batu)
      • EPR: 3 m² (32.3 kaki²) di jarak 160 km (99.4 batu)
      • RCS: 0.01 m² di jarak 90 km (55 batu)
      • Azimut: +/-70°, +90/-50°
    • Kuasa: 4,000 W
    • Berat: 65 hingga 80 kg (143 hingga 176 lb)
Remove ads

Lihat juga

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads