Istanbul

kota di Turki From Wikipedia, the free encyclopedia

Istanbul
Remove ads

Coordinates: Unknown argument format
{{#coordinates:}}: garis lintang tidak sah

Fakta Segera Gambaran Keseluruhan ...

Istanbul (B. Turki: İstanbul, bentuk Uthmaniyah استانبول; Yunani: Κωνσταντινούπολις Konstantinoúpolis; juga dalam bahasa Melayu lama: Setambul, Jawi: ستمبول)[2] ialah bandar raya yang terbesar, serta juga pusat kebudayaan dan ekonomi negara Turki. Bandar raya ini yang merupakan ibu negeri Wilayah Istanbul terletak di 41° U 28° T pada Selat Bosphorus, dan merangkumi pelabuhan asli yang dikenali sebagai Tanduk Emas (bahasa Turki: Haliç) di barat daya negara ini.

Istanbul yang menjangkau kedua-dua belah Selat Bosphorus di kedua-dua benua Eropah (Thrake) dan Asia (Anatolia) lantas merupakan metropolis yang unik di dunia. Istanbul yang begitu bersejarah pernah menjadi ibu kota kepada tiga buah Empayar yang berbeza:

  1. Empayar Rom (330-395);
  2. Empayar Rom Timur (395-1453); dan
  3. Empayar Uthmaniyyah (1453-1923).

Bandar raya ini terpilih menjadi salah sebuah Ibu Negara Kesenian Eropah pada tahun 2010. Kawasan-kawasan bersejarah Istanbul dirangkumkan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985. Pada tahun 1923 berikutan penubuhan Republik Turki, ibu negara dipindahkan ke Ankara.

Menurut banci 2000, jumlah penduduk sebanyak 8,803,468 orang di bandar raya dan 10,018,735 orang di kawasan metropolitan menjadikan Istanbul sebagai bandar raya yang kedua terbesar di Eropah. Anggaran banci pada 20 Julai 2005 sebanyak 11,322,000 orang untuk kawasan metropolitannya telah menjadikan Istanbul sebagai salah satu daripada dua puluh buah kawasan metropolitan terbesar di dunia. Bandar raya ini dipilih sebagai Ibu Negara Kesenian Eropah pada 2010 (bersama Pécs, Hungary dan Essen, Jerman).

Remove ads

Nama-nama lain

Bandar raya Istanbul telah diberikan berbagai-bagai nama pada sepanjang sejarahnya, bergantung kepada kebudayaan, bahasa, dan agama raja-rajanya. Byzantium, Kostantiniye, dan Stamboul adalah beberapa contoh yang masih digunakan secara meluas di sesetengah negara. Antara lain, it juga dipanggil "Rom Baru" atau "Rom Kedua" kerana Constantinus Agung, Maharaja Rom, mengasaskan kota ini di atas tapak Byzantium, kota Yunani, sebagai ibu negara yang kedua, ibu kota Kristian untuk Empayar Rom, berbanding dengan Rome yang umumnya bersifat jahiliah. [3]

Istanbul telah diberikan nama samaran "Bandaraya Tujuh Bukit" semenanjung bersejarah, bahagiannya yang tertua, dibina oleh Constantinus di atas tujuh buah bukit untuk menandingi tujuh buah bukit Rom. Bukit-bukit tersebut dilambangkan dalam jata bandar raya melalui tujuh buah masjid. [4] Lagi satu nama samaran Istanbul yang lama ialah Vasileousa Polis (Permaisuri Kota-kota), nama yang membayangkan kepentingan dan kekayaan Istanbul pada sepanjang Zaman Pertengahan.

Melalui sebuah warta perintah pada 28 Mac 1930, pihak berkuasa Turki secara rasmi meminta orang asing supaya jangan merujuk kepada Istanbul dengan nama-nama tradisional bukan Turki (baik yang dipinjam dari Bahasa Arab seperti Kostantiniye atau Yunani) tetapi menggunakan nama "Istanbul" sebagai nama yang tunggal dalam semua bahasa asing. [5]

Remove ads

Iklim

Iklim sederhana

Maklumat lanjut Bulan, Jan ...
Remove ads

Galeri gambar


Bandar kembar

Istanbul mempunyai 45 buah bandar kembar:

Thumb
Dari bandar berkembar Berlin telah diadakan Pameran Penyatuan United Buddy Bears ke Istanbul tahun 2004/2005. Ia diadakan di daerah Beyoğlu yang terkenal.
Remove ads

Lihat juga

Catatan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads