Sulli
penyanyi & pelakon Korea Selatan From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Choi Jin-ri (bahasa Korea: 최진리, (29 Mac 1994 – 14 Oktober 2019), lebih dikenali sebagai Sulli (설리), ialah seorang pelakon, penyanyi dan model wanita Korea Selatan. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan f(x). Pada 7 Ogos 2015, Sulli secara rasminya menarik diri daripada kumpulan tersebut untuk menumpukan kerjaya dalam bidang lakonan.
Remove ads
Kehidupan awal
Sulli dilahirkan pada 29 Mac 1994 di Yangsan, Gyeongsang Selatan, Korea Selatan. Semasa kecil, beliau tinggal di Busan. Nama asalnya adalah Choi Jin Ri. Jinri bermaksud kebenaran. Sulli merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya, dimana beliau mempunyai dua adik-beradik yang lebih tua. Ketika beliau masih kecil, ibunya masuk untuk menemaninya ke sekolah. Sulli pertama kali datang ke Seoul pada tahun 2004, dan pada tahun 2005, Sulli mula melibatkan diri dalam bidang lakonan profesional sebagai Princess Sunhwa muda dalam drama SBS The Ballad of Seodong dan beberapa kemudian menjadi cameo di drama SBS lain, Love Needs Miracle.
Bermula daripada lakonan drama, Sulli bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi, beliau kemudian mengikuti dan berjaya dalam ujibakat lakonan SM dengan menyanyikan lagu dari S.E.S. bertajuk "Chingu (Friend)". Setelah ujibakat, beliau secara rasmi menjadi sebahagian daripada SM trainee dan pada tahun yang sama berpindah ke asrama bersama Taeyeon & Tiffany Girl's Generation. Sulli tetap tinggal disana sehingga kemunculan Girl's Generation pada 2007.[1]
Pendidikan
Sulli mendapat pendidikan dari Jungbu Elementary School [2] dan melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah, Chungdam Middle School. Beliau berkelulusan dari School of Performing Arts Seoul pada 7 Februari 2013.
Remove ads
Kerjaya lakonan
Sulli memulakan kerjaya lakonan secara profesional ketika berusia 11 tahun, ketika beliau kembali dipilih untuk berlakon sebagai Princess Seonhwa muda di drama televisyen SBS, The Balada Seodong. Beberapa bulan kemudian, beliau membuat penampilan cameo dalam drama Love Needs Miracle, drama televisyen lain daripada SBS. Pada tahun 2006, beliau membuat penampilan sokongan kecil sebagai penilai masa kecil Micky dari TVXQ dalam drama teater Vacation. Sulli kemudian mendapat peranan kecil dalam Punch Lady dan The Flower Girl is Here (2007) dan juga Babo (2008).
Pada 26 April 2012, Sulli bersama rakan kumpulannya, Choi Minho dari SHINee telah disahkan untuk memainkan peranan utama untuk drama SM Entertainment yang baru, To The Beautiful You, versi Korea dari Hana Kimi. Drama ini diarahkan oleh pengarah Jun Ki Sang, pengarah drama terkenal Boys Over Flowers dan dijadualkan tayangannya pada bulan Ogos di SBS.[3] Pada awal tahhun 2014 Sulli memulai kembali aktingnya dengan membintangi film layar lebar dengan judul "Pirates" dan "Fashion King".
Remove ads
Kematian
Pada 14 Oktober 2019, sekitar 3:20 pm KST, Sulli ditemui mati oleh pengurusnya di rumahnya di Seongnam, selatan Seoul.[4][5][6] Polis menyatakan bahawa mereka menyiasat sebagai kemungkinan bunuh diri.[7] Pengurus dilaporkan melawat rumah Sulli ketika dia tidak dapat mencapai Sulli, selepas bertelefon dengan Sulli pada hari sebelumnya.[8]
Filemografi
Filem
Drama
Rancangan aneka ragam
Remove ads
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sulli |
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
