Sunil Dutt

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sunil Dutt
Remove ads

Sunil Dutt (lahir Balraj Dutt; 6 Jun 1929 - 25 Mei 2005) ialah seorang ahli politik, pengarah, penerbit, dan pelakon filem India. Beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan di bawah kerajaan Manmohan Singh (2004 –2005). Anak lelakinya, Sanjay Dutt, juga merupakan seorang pelakon, manakala anak perempuannya Priya Dutt, seorang bekas Ahli Parlimen.[1]

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...

Pada tahun 1968, beliau diberi penghargaan Padma Shri oleh Kerajaan India. Pada tahun 1984, beliau menyertai Kongres Nasional India dan terpilih di Parlimen India untuk lima penggal dari kawasan Mumbai Barat Laut.

Remove ads

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Punjabi pada 6 Jun 1929 di Khurd, daerah Jhelum, Punjab Barat, India British (kini di Pakistan). Pada usia lima tahun, bapa Dutt meninggal dunia. Ketika berusia 18 tahun, Partisi India bermula dengan konflik Hindu-Muslim terjadi di negara tersebut. Seorang Muslim yang bernama Yakub, rakan kepada Sunil, melindungi keluarganya.[2] Keluarganya berpindah ke sebuah desa kecil di tepi sungai Yamuna yang disebut Mandauli di daerah Yamuna Nagar di Haryana. Kemudian beliau berpindah ke Lucknow dan menjalani waktu panjang di Aminabad Galli pada waktu tamat belajar dan untuk memenuhi impiannya beliau berpindah ke Mumbai. Di Mumbai, beliau menghadiri Kolej Jai Hind sebagai pelajar siswazah dan mengambil pekerjaan di Bahagian Pengangkutan BEST di Mumbai.

Remove ads

Kematian

Sunil Dutt meninggal akibat serangan jantung pada 25 Mei 2005 di kediamannya di Bandra, Mumbai.[3] Jawatan beliau di Parlimen digantikan oleh anak perempuannya, Priya Dutt, yang memenangi kerusi tersebut dan menjadi ahli parlimen dari Mumbai Barat Laut antara November 2005–April 2014.

Filemografi terpilih

Maklumat lanjut Film, Peran ...

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads