Suraya Yaacob
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Yang Berbahagia Dato' Dr. Suraya Yaacob; PJN; DSDK, SDK, BKM, JP; (lahir 10 April 1969) merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Pendang, Kedah. Beliau merupakan Exco Wanita UMNO Malaysia, Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia dan merupakan Presiden (Penaja) MAYC Kebangsaan. Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Kedah. Pada peringkat parti, beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih). Usaha yang dilakukan telah menobatkan beliau sebagai Tokoh Belia Negara pada tahun 2007.
Remove ads
Latar belakang
Beliau juga diberi peluang untuk menjawat jawatan EXCO Bekalan Air, Sumber Asli dan Kerja Raya Kedah. Lantikkan dilakukan atas kepercayaan terhadap beliau dalam menguruskan organisasi.
Anak kelahiran Alor Setar ini sudah berkahwin dengan pasangan hatinya, Zulkifli Ishak dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syed Afiq dan Syed Aiman.
Kerjaya:
- ADUN Sungai Tiang (2004 - 2023)
- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (2013 - 2017 & 2020 - 2022)
- Peguam di Firma Guaman Suraya Zaida & Co
Jawatan dalam parti:
- Bekas EXCO Wanita Umno
- Ketua Penerangan UMNO Kedah
- Pengerusi Komunikasi Barisan Nasional (BNCOMM) Kedah
- Bendahari Pergerakan Puteri UMNO
- Majlis Kerja Tertinggi UMNO
- Pergerakan Wanita UMNO
Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:
- Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) (2008-2010)
- Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (2009-2013)
- Pengurus Pasukan Bola Sepak Wanita Kebangsaan
- Ahli Jawatankuasa Pasukan Bola sepak Malaysia (FAM)
- Jawatankuasa Bola Sepak Wanita AFC
- Presiden Persatuan Bola Jaring Negeri Kedah
Pendidikan:
- Pengacara Undang-undang dari Lincoln's Inn, London (1993)
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Cardiff (1992)
Remove ads
Tokoh Belia Negara 2007
Pada 31 Januari 2008, di dalam Majlis Anugerah Belia Negara Malaysia 2007, beliau dinobatkan Tokoh Belia Wanita 2007 bersama-sama dengan Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang dinobatkan Tokoh Belia Lelaki 2007.
Pemergian suami
Pada 18 Februari 2014, suaminya Syed Al-Fandi Dato' Syed Mansor Barakbah, 47, meninggal dunia akibat jangkitan dalam kepala. Beliau dirawat di Putra Medical Centre (PMC), Alor Setar sebelum kematiannya. Jenazah dikebumikan pada pukul 6 petang di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Bukhary, Alor Setar.[1]
Keputusan Pilihan Raya
Parlimen
Dewan Undangan Negeri (DUN)
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads