Suthida

From Wikipedia, the free encyclopedia

Suthida
Remove ads

Suthida Bajrasudhabimalakshana (Bahasa Thai: สุทิดา พัชรสุธาพิมลลักษณ, RTGS: Suthida Phatcharasuthaphimonlak ,disebut [sùʔ.tʰíʔ.dāː pʰát.ɕʰā.ráʔ.sùʔ.tʰāː.pʰíʔ.mōn.lák] ( dengar)), lahir Suthida Tidjai (Bahasa Thai: สุทิดา ติดใจ; 3 Jun 1978), [3] ialah Permaisuri Thailand, dan menjadi isteri keempat kepada Raja Vajiralongkorn. Sebelum berkahwin, dia ialah seorang pramugari. Selepas menyertai tentera Thai, dia dinaikkan pangkat sebagai pengawal peribadi Raja. [4]

Fakta Segera Permaisuri Raja Thailand, Tempoh ...
Remove ads

Kehidupan awal dan pendidikan

Suthida dilahirkan pada 3 Jun 1978 dalam keluarga Tidjai, Kham (bapa) dan Jangheang (ibu). Dia berbangsa Hokkien, berasal dari keluarga Cina Thai. Beliau lulus dari Sekolah Menengah Hatyaiwittayalai Somboonkulkanya dan Universiti Assumption dengan ijazah sarjana muda dalam seni komunikasi pada 2000.[3] Suthida dahulunya merupakan pramugari untuk JALways – anak syarikat Japan Airlines – dari 2000 hingga 2003 dan kemudian Thai Airways International pada 2003 hingga 2008. [5] [6]

Remove ads

Perkhidmatan tentera

Suthida dilantik sebagai panglima pengawal rumah Putera Mahkota Vajiralongkorn, Markas Angkatan Tentera Diraja Thai pada Ogos 2014. Pada Oktober 2016, laporan media antarabangsa melabelnya sebagai "permaisuri" raja yang dilantik, walaupun pihak istana tidak pernah mengisytiharkan hubungan mereka secara rasmi. [7] [8]

Pada 1 Disember 2016, beliau dilantik sebagai Komander Unit Gerakan Khas Komando Keselamatan Diraja dan dinaikkan pangkat ke pangkat jeneral.[9][10] Dia mencapai pangkat sekarang selepas hanya enam tahun berkhidmat. Dia telah berjaya menamatkan beberapa kursus latihan ketenteraan.[11]

Pada 1 Jun 2017, beliau telah dilantik sebagai pemangku komander Jabatan Juruiring Diraja Thailand berikutan penyusunan semula Kawalan Keselamatan Diraja .

Pada 13 Oktober 2017, beliau telah dianugerahkan sebagai Darjah Srikandi Utama (Kelas Pertama) Darjah Kebesaran Chula Chom Klao Yang Amat Cemerlang, [12] yang menganugerahkan gelaran Than Phu Ying (Bahasa Thai: ท่านผู้หญิง). Beliau adalah pegawai wanita pertama menerima penghormatan ini sejak 2004 dan yang pertama dalam pemerintahan Raja Rama X .

Remove ads

Permaisuri raja

Thumb
Potret Suthida dipamerkan di Kolej Assumption di Bangkok

Pada 1 Mei 2019, Suthida dilantik menjadi Permaisuri Thailand oleh Raja Vajiralongkorn[4][13] yang pertabalannya berlangsung di Bangkok pada 4–6 Mei 2019.[14] Pendaftaran perkahwinan itu diadakan di Dewan Kediaman Amphorn Sathan di Bangkok, dengan kakak iparnya Puteri Diraja Maha Chakri Sirindhorn dan Presiden Majlis Privy Prem Tinsulanonda sebagai saksi. [15]

Anugerah dan pengiktirafan

Fakta Segera Gaya bagi Permaisuri Suthida, Rujukan gaya ...
Thumb
Monogram diraja Ratu Suthida
  • Sejak 4 Mei 2019: Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Suthida Bajarasudha Bimollaksana ิมลลักษณ พระบรมราชินี ) [16]

Darjah kebesaran

  • Darjah Kerabat Chakri Yang Amat Cemerlang[17]
  • Darjah Sembilan Permata
  • Darjah Srikandi Utama (Kelas Pertama) Darjah Chula Chom Klao Yang Amat Cemerlang[18]
  • Darjah Srikandi Utama (Kelas Khas) Ordo Gajah Putih Yang Amat Gemilang[19]
  • Darjah Srikandi Utama (Kelas Khas) Darjah Mahkota Thailand Yang Amat Mulia [20]
  • Pingat Lambang Diraja Raja Rama IX [21]
  • Pingat Lambang Diraja Raja Rama X
  • Pingat Peringatan Ulang Tahun Keputeraan ke-60 DYTM Putera Maha Vajiralongkorn
  • Pingat Peringatan Pertabalan DYMM Raja Rama X

Pangkat tentera

  • 14 Mei 2010: Leftenan Kedua[22]
  • 14 November 2010: Leftenan Pertama[23]
  • 1 April 2011: Kapten[23]
  • 1 Oktober 2011: Mejar[24]
  • 1 April 2012: Leftenan Kolonel[25]
  • 1 Oktober 2012: Kolonel[26]
  • 10 November 2013: Mejar Jeneral[27]
  • 26 Ogos 2016: Leftenan Jeneral[28]
  • 10 Disember 2016: Jeneral
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads