Syawal

bulan kesepuluh takwim Islam From Wikipedia, the free encyclopedia

Syawal
Remove ads

Syawal (Arab: شَوَّال, rumi: Shawwāl) ialah bulan kesepuluh dalam takwim Hijrah. Ia datang selepas Ramadan dan sebelum Zulkaedah.

Fakta Segera Nama asal, Kalendar ...

Shawwāl berakar dari kata kerja perkataan bahasa Arab shāla (شَالَ), yang bermaksud untuk 'bawa atau pikul',[1] secara umumnya untuk membawa atau memindahkan sesuatu dari satu tempat ke satu tempat lain.

Dalam tradisi masyarakat Melayu, Syawal turut dikenali sebagai bulan raya.[2]

Remove ads

Puasa semasa Syawal

Hari pertama Syawal ialah Hari Raya Aidilfitri, puasa diharamkan. Sesetengah orang Islam mengamalkan enam hari berpuasa semasa Syawal yang bermula pada hari selepas Aidilfitri. Berpuasa enam hari ini bersama dengan puasa Ramadan, dianggap bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun. Alasan di sebalik tradisi ini ialah perbuatan baik dalam Islam dihadiahkan 10 kali ganda pahala, jadi berpuasa 30 hari selama Ramadan dan 6 hari pada Syawal adalah setara dengan puasa sepanjang tahun dari segi ganjaran pahala.[3]

Para ulama Syiah mazhab Jaafari tidak memberi penekanan pada puasa enam hari berturut-turut, sementara dalam kalangan Sunni, kebanyakan ulama mazhab Syafii menganggapnya disyorkan untuk berpuasa enam hari secara berturut-turut. Ini adalah berdasarkan hadis riwayat Tabarani dan yang lain di mana Nabi Muhammad, diriwayatkan berkata, "Puasa enam hari berturut-turut selepas Aidilfitri adalah seperti berpuasa sepanjang tahun."[4] Sumber-sumber ilmiah tradisional lain dalam kalangan mazhab Hanafi dan Hanbali tidak meletakkan penekanan pada hari-hari berturut-turut, sementara pendapat kuat dari mazhab Maliki lebih cenderung enam hari dalam sebulan, sama ada berturut-turut atau sebaliknya.

Remove ads

Masa

Takwim Hijrah adalah sepenuhnya takwim bulan, dan bulannya bermula apabila anak bulan kelihatan. Memandangkan tahun qamari adalah 11 ke 12 harilebih pendek daripada tahun matahari, Syawal beralih sepanjang musim. Jangkaan tarikh mula dan tamat Syawal, berdasarkan Takwim Ummul Qura dari Arab Saudi dan Takwim Hijrah JAKIM dari Malaysia, adalah seperti berikut:[5]

Maklumat lanjut AH, 1 Syawal (CE/AD) ...
Remove ads

Peristiwa Islam

  • Setiap 1 Syawal, Aidilfitri disambut di seluruh Dunia Islam untuk tiga hari (tetapi sambutan perayaan berakhir hingga hari ke-29 atau ke-30).
  • 07 Syawal 3 Hijrah, orang Islam terawal menyertai Perang Uhud.
  • 13 Syawal 194 Hijrah, kelahiran perawi hadis terkemuka, Muhammad al-Bukhari.

Catatan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads