Syed Nasir Syed Ismail

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Allahyarham Tun Dato' Syed Nasir bin Syed Ismail (7 Mac 1921 – 16 Mac 1982) merupakan seorang tokoh politik UMNO di Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat kelima dari 9 Januari 1978 hingga 16 Mac 1982.

Fakta Segera Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia, Didahului oleh ...
Fakta Segera Calon, Parti ...
Remove ads

Kehidupan awal

Syed Nasir dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 7 Mac 1921 dan meninggal dunia pada 16 Mac 1982. Beliau berasal dari Johor dan berketurunan Syed yang dikaitkan dengan keturunan Nabi Muhammad di tanah Hadramaut / Arab. Keluarga beliau mempunyai susur galur keturunan di Kabupaten Siak, Provinsi Riau, Indonesia. Di Johor ramai orang Melayu berketurunan Syed dan mendapat tempat istimewa dalam masyarakat. Tokoh lain ialah Syed Jaafar Albar.

Keluarga

Anaknya Tan Sri Syed Mohd Yusof Syed Nasir atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Jojo[1] merupakan seorang usahawan yang terkenal. Antara perniagaan beliau yang terkenal ialah Hardrock Cafe.

Remove ads

Kerjaya

Pengarah DBP

Semasa menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka,[2] berlaku peristiwa Keranda 152. Kebanyakan buku teks yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ketika itu ada kata pengantar daripada Tun Syed Nasir Ismail. Tahun 1970-an, semua buku teks dicetak dan dibekalkan oleh DBP. Bahasa Melayu digunakan sebagai meluas selaraskan dengan Penyata Razak.

Speaker Dewan Rakyat

Beliau pernah menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat.[3] Semasa menjadi speaker, beliau pernah sendiri ke Kem Tahanan Kamunting untuk majlis angkat sumpah dua orang ahli parlimen DAP yang ditahan di bawah ISA.

Remove ads

Penghargaan

Darjah kebesaran

Senarai darjah kebesaran yang diterima

  •  Perlis
    • Dato' Paduka Mahkota Perlis (DPMP) - Dato'

Legasi

Sebuah sekolah di Johor Bharu telah dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail.[4] Taj Sekolah Agama Tun Syed Nasir dibina di Tanjung Agas, Tangkak. Biasiswa Tun Syed Nasir[5] diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sejak 1992 untuk pelajar yang layak. Politeknik Tun Syed Nasir telah dibina di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh sebagai mengenang jasa beliau sebagai Ahli Parlimen Pagoh.[6]

Meninggal dunia

Beliau meninggal dunia pada 1982. Makam beliau terletak di Makam Pahlawan, bersebelahan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Pautan luar

Bacaan lanjut

  • Tun Syed Nasir: Mengimbau jasa, menjujung citra; Noriah Mohamed dan Ghazali Basri; Yayasan Warisan Johor; ISBN: 978-983-2440-23-9[7]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads