Symantec
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Symantec Corporation /sɪˈmænˌtɛk/ (juga dikenali sebagai Symantec) merupakan sebuah syarikat perisian Amerika. Ibu pejabatnya terletak di Mountain View, California, Amerika Syarikat. Syarikat ini menyediakan perisian dan perkhidmatan keselamatan siber. Symantec adalah syarikat Fortune 500 dan ahli indeks pasaran saham S&P 500. Syarikat ini juga mempunyai pusat-pusat pembangunan di Pune, Chennai dan Bengaluru (India).
Pada 9 Oktober 2014, Symantec mengisytiharkan ia akan berpecah kepada dua syarikat yang didagangkan secara terbuka pada akhir tahun 2015. Satu syarikat akan memberi tumpuan kepada keselamatan, yang lain mengenai pengurusan maklumat. Pada 29 Januari 2016, Symantec menjual anak syarikat pengurusan maklumatnya, bernama Veritas Technologies (yang telah diperoleh Symantec pada tahun 2004)[4] kepada The Carlyle Group.[5]
Nama "Symantec" ialah portmanteau perkataan "syntax" (sintaks) dan "semantics" (semantik) dengan "teknologi".[6]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
