TCL Technology
syarikat elektronik multinasional cina From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
TCL Technology (Cina ringkas: TCL科技; Cina tradisional: TCL科技; pinyin: TCL kējì; asalnya singkatan untuk Telephone Communication Limited) ialah syarikat elektronik multinasional China yang beribu pejabat di Huizhou, Wilayah Guangdong. Ia merekabentuk, membangunkan, mengeluarkan dan menjual produk termasuk set televisyen, telefon bimbit, penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk dan peralatan elektrik kecil. Pada tahun 2010 ia merupakan pengeluar elektronik pengguna terbesar ke-25 di dunia. Sejak tahun 2015, ia kekal sebagai pengeluar televisyen ketiga terbesar mengikut bahagian pasaran[2]
TCL terdiri daripada empat syarikat tersenarai: TCL Technology yang disenaraikan di Bursa Saham Shenzhen, dan TCL Electronics Holdings, Ltd. (SEHK: 1070), TCL Communication Technology Holdings, Ltd. (bekas kod SEHK: 2618; disenarai hitam pada 2016), TCL Display Technology (SEHK: 334) dan Tonly Electronics (SEHK: 1249) yang disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong.[3]
Slogan korporat TCL adalah "The Creative Life" ("Kehidupan Kreatif"). [4]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads