Tabby
Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tabitha Ariel Lam (Jawi: تابيتا ايريئل لام) (lahir 18 Mac 2000) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau menerima pengiktirafan meluas sebagai ahli kumpulan gadis Malaysia, Dolla, yang ditubuhkan pada 2019.[1][2]
Remove ads
Pendidikan
Tabby memperoleh ijazah Sarjana Muda Kepujian Perniagaan dari Universiti Taylor.[3]
Kerjaya
Tabby mula menunjukkan minatnya terhadap bidang muzik pada usia muda. Minat beliau mendapat sokongan daripada keluarganya dan beliau pernah dihantar ke kelas nyanyian. Tabby juga pernah melibatkan diri dalam pertandingan nyanyian, serta acara amal dan muzikal.[2] "Saya telah mencari label muzik untuk mengejar impian saya menjadi artis apabila saya melihat iklan untuk uji bakat untuk kumpulan wanita," kata Tabby dalam satu temubual bersama The Sun Daily.[2]
Tabby ialah salah seorang ahli kumpulan Dolla sewaktu penubuhannya pada April 2019.[4] Selain beliau, ahli kumpulan lain terdiri daripada Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo), Angelina Chai Ka Ying (Angel) dan Norsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya). Mereka pada mulanya tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya bertemu semasa sesi ujibakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu yang diadakan oleh Universal Music Malaysia. Tabby bersama rakan-rakan sekumpulannya meraih kejayaan komersial menerusi lagu sulung mereka, "Dolla Make You Wanna" yang dikeluarkan pada Mac 2020.
Selain bersama Dolla, Tabby telah merakamkan lagu bertajuk "Malaysia Di Hatiku" bersama Yonnyboii, Kmy Kmo dan Luca Sickta. Tabby menjelaskan bahawa kerjasama itu dilakukan kerana Universal Music Malaysia sedang mencari penyanyi wanita untuk menyumbangkan suaranya untuk lagu itu.[5]
Remove ads
Diskografi
Dolla
- "Dolla Make You Wanna" (2020)
- "Impikan"/"Watch Me Glow" (2020)
- "Raya Raya Raya" (2021)
- "Berani" (2021)
- "MWA" (2025)
- "Question" (2025)
Single promosi
- "Malaysia Di Hatiku" (2021)
Filemografi
Filem
Telefilem
Pencapaian
Pada Julai 2021, Tabby menjadi satu-satunya artis Malaysia tercalon dalam senarai 100 Wajah Tercantik 2021 (100 Most Beautiful Faces of 2021) oleh TC Candler. Turut tersenarai ialah ahli kumpulan Blackpink, Rose dan penyanyi Indonesia, Ayu Ting Ting dan Raisa Andriana.[6][7]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads