Araceae

keluarga talas From Wikipedia, the free encyclopedia

Araceae
Remove ads

Araceae ialah sebuah keluarga tumbuhan berbunga kotiledon tunggal mudah dikenal pasti melalui perbungaannya yang terbentuk dari tongkol (spadix) dan seludang (spathe). Terdapat sekitar 114 genus dan 3750 spesies Araceae yang diketahui di seluruh dunia.[3] Keluarga ini turut disebut keladi-keladian atau talas-talasan, lebih-lebih lagi di Indonesia.[4]

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Subfamilies ...
Thumb
Keladi merah, Caladium bicolor.
Thumb
Kimpul (Xanthosoma sagittifolium), jelas menunjukkan tongkol dan seludang bak centong

Beberapa tumbuhan dalam keluarga yang sering dikenal umum termasuklah keladi, talas, kimpul dan birah (mencakupi genus Caladium(Keladi), Colocasia(Talas), Alocasia(Birah) dan Xanthosoma (Kimpul), kelemoyang (Homalomena), lekir dan sarek (Amorphophallus), tumbuhan terapung seperti kiambang (Pistia) dan sesudu itik (Lemna), bunga Anthurium(Cuping Gajah) dan Arum, dan lain-lain.[5] Kebanyakan tumbuhan dalam keluarga ini beracun lantaran mengandungi sebilangan kristal kalsium oksalat yang boleh mendatangkan kerengsaan. Beberapa spesies pula boleh dijadikan bahan makanan sekiranya disediakan dengan betul.

Remove ads

Penerangan

Keladi-keladian ialah tumbuhan herba bergetah pahit yang berimpang atau berumbi dan jarang-jarang tumbuh memanjat. Daunnya tumbuh lebat, tersusun berpilin pada batang teras, berbentuk lonjong atau bujur panah, dan selalunya mempunyai lapisan berlilin di permukaan atas daun.

Bunganya kecil dan tersusun pada tongkol bunga di dalam seludang, dan mempunyai dua jantina atau berumah satu (monoecious); dengan bunga jantan berada di atas. Buahnya ialah jenis beri dan selalunya terang setelah matang. Buah ini menjadi makanan untuk burung dan mamalia kecil yang mana membolehkan benihnya dipencarkan.[6]

Remove ads

Taksonomi

Filogeni

Araceae

Gymnostachydoideae Bogner & Nicolson 1991

Orontioideae Brown ex Müller 1860

Lemnoideae

Pothoideae Engler 1876

Monsteroideae Engler 1876

Lasioideae Engler 1876

Zamioculcadoideae Bogner & Hesse 2005

Aroideae Arnott 1832

Genus

Remove ads

Galeri

Lihat juga

Maklumat lanjut Senarai pokok ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads