Tenggiling

From Wikipedia, the free encyclopedia

Tenggiling
Remove ads

Tenggiling, senggiling atau pengguling ialah spesies mamalia dalam order Pholidota. Order ini mempunyai satu keluarga yang masih wujud iaitu keluarga Manidae; keluarga ini terdiri daripada genus-genus Manis, Phataginus, dan Smutsia.[5] Genus Manis mempunyai empat spesies yang ditemukan di Asia, manakala genus-genus Phataginus dan Smutsia masing-masing mempunyai dua spesies yang ditemukan di Afrika sub-Sahara.[6]

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Sinonim ...

Tubuh badannya dipenuhi sisik keras dan tajam. Apabila ia merasa dalam keadaan berbahaya, ia akan menggulungkan tubuhnya menjadi seperti bola untuk mempertahankan diri daripada pemangsa.[7][8]

Remove ads

Penamaan

Nama-nama tenggiling (Jawi: تڠݢيليڠ) dan pengguling (Jawi: ڤڠݢوليڠ) yang asalnya dipakai kepada spesies tenggiling Sunda terbit daripada kata dasar guling atau giling kerana perbuatannya menggulingkan diri.[9]

Taksonomi

Nama order Pholidota dijejak daripada kata Bahasa Yunani Kuno: ϕολιδωτός, pholidotos – "penuh sisik"[10] daripada φολίς pholís "sisik".[11]

Ciri-ciri

20 peratus berat badan tenggiling terdiri daripada sisik-sisiknya.[8] Sisik-sisiknya diperbuat daripada bahan keratin yang sama membentuk kuku;[12][7] ia disambungkan kepada bonggol-bonggol halus (papilla) di bawah lapisan luar kulit.[13] Kaki depannya berkuku panjang untuk menggali tanah.[14]

Thumb
Lukisan skema sisik tenggiling[13]

Tenggiling tidak dapat melihat dengan baik. Ia bergantung kepada deria bau dan pendengaran untuk mencari dan menggali sarang atau busut semut. Lidahnya sangat panjang mencapai 40 sentimeter.[8] Ia mengeluarkan air liur melekit[15] yang memerangkap semut dan anai-anai yang terkena lidah yang dijulurkan masuk ke dalam busut.

Remove ads

Habitat

Tenggiling biasanya suka berehat dalam lubang-lubang yang terdapat pada bahagian akar pokok yang besar, dan juga mengorek lubang dalam tanah. Ia juga suka bersembunyi dalam semak atau jerami.

Tabiat

Tenggiling menggulingkan badannya untuk melindungi diri ketika tidur pada waktu siang[16] atau apabila ia dihampiri pemangsa.[7][8]

Makanan

Makanan utama tenggiling ialah semut dan anai-anai. Seekor tenggiling boleh makan 140 hingga 200 gram serangga setiap hari.[17]

Pembiakan

Tenggiling betina bunting dalam tempoh kira-kira 70–140 hari.[18] Spesies-spesies tenggiling Afrika melahirkan seekor anak sesekali, spesies-spesies tenggiling tenggiling Asia melahirkan sebanyak 3 ekor.[16] Anak tenggiling dilahirkan dengan sisik badan yang lembut, sisik-sisik ini cepat mengeras.

Tenggiling menyusukan anaknya dalam tempoh tiga bulan.[8]

Remove ads

Bahasa kiasan

Kenderaan milik persendirian seperti motosikal atau kereta yang berusia biasanya akan dikiaskan sebagai tenggiling kerana rupanya yang purba dan pergerakannya yang perlahan.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads