Tengku Muhammad Fa-iz Petra
Adinda Sultan Kelantan From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Yang Amat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra (Jawi: تڠکو محمد فائز ڤيترا ابن المرحوم سلطان إسماعيل ڤيترا; diputerakan pada 20 Januari 1974 di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia) ialah seorang ahli kerabat diraja Kelantan yang dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dari 18 Oktober 2010 hingga 4 Januari 2024.[1]
Remove ads
Kehidupan awal
Beliau telah diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 20 Januari 1974. Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ialah putera Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. Beliau ialah putera kedua daripada tiga putera dan seorang puteri iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra.[2]
Remove ads
Pendidikan
Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1), Kota Bharu, Kelantan. Kemudian, beliau berangkat ke London untuk menyambung pelajaran peringkat menengah dan memilih Oakham School Rutland, England sebagai destinasi pengajiannya. Selepas berjaya mendapat 10 GCSE'S dan 3 A-Level, beliau menyambung pengajian di Sekolah Ekonomi London. Beliau telah lulus dengan meraih Ijazah Sarjana Muda Sejarah. Semasa di London, beliau sempat mendaftar di Universiti Firence untuk mempelajari Bahasa dan Sastera Itali pada peringkat asas dan pertengahan.
Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, peluang yang diberi untuk mendalami ilmu tidak disia-siakan beliau. Setelah memperolehi ijazah pertama dalam bidang sejarah, beliau terus berada di London bagi melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. beliau telah memilih Kolej Universiti London bagi menyambung pelajaran peringkat Sarjana dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Sejarah Purba. Di universiti dan dalam bidang yang sama juga, beliau telah berjaya pula memperoleh ijazah lanjutan MPHIL.
Tidak cukup dengan Ijazah Sarjana, beliau menyambung pelajaran peringkat kedoktoran falsafah pula dalam bidang yang sama. Masa lapang beliau diisi dengan membaca dan melukis. Dalam bidang sukan, beliau sangat berminat dalam permainan bola sepak.
Remove ads
Pelantikan
Beliau telah diisytiharkan sebagai Yang Amat Mulia Tengku Bendahara Kelantan sempena sambutan ulangtahun ke-40 keputeraan Al-Sultan Kelantan pada tanggal 30 Mac 1989. Beliau juga dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang ke-17 dari 21 Jun 2009 hingga 18 Mac 2019.
Beliau telah dimasyhurkan sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan setelah dipertimbangkan oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Majlis rasmi penyerahan pelantikan beliau sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah diadakan bertempat di Istana Negeri, Kubang Kerian pada tanggal 18 Oktober 2010. Menurut Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan, Tengku Mahkota boleh dilantik sebagai pemerintah atau Pemangku Raja Kelantan sekiranya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan berada di luar negeri dalam tempoh melebihi 30 hari ataupun tidak mampu menjalankan tugasan rasmi baginda, melebihi tempoh yang sama.
Beliau telah dipakai pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) Tentera Laut D’Raja Malaysia (TLDM) pada 5 April 2013.
Pada 8 Disember 2016, beliau telah dilantik sebagai Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan apabila kekanda beliau Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Beliau dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 19 September 2011 sebelum dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan pada 16 Februari 2017.
Pada 23 November 2022, beliau telah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan setelah kekanda beliau, Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Tuanku Canselor yang baharu.[3]
Pada 4 Januari 2024, gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan yang dikurniakan kepada beliau telah ditarik balik dan diberikan kepada adinda beliau iaitu Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Perkahwinan dan anakanda
Beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra yang juga merupakan warganegara Sweden di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada hari Jumaat, 13 Syaaban 1440H bersamaan 19 April 2019M.[4]
Pasangan diraja ini telah dikurniakan anakanda pertama dan putera sulung diberi nama Tengku Muhammad Johan Petra yang diputerakan pada 17 Julai 2023.[5][6]
Keluarga dan kerabat
Beliau berkahwin dengan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra pada 19 April 2019. Pasangan diraja ini dikurniakan dengan seorang putera.
Terasul, gelaran dan lambang
- 20 Januari 1974 - 30 Mac 1979: Yang Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra bin Tengku Ismail Petra
- 30 Mac 1979 - 30 Mac 1989 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra
- 30 Mac 1989 - 18 Oktober 2010 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Bendahara Kelantan
- 18 Oktober 2010 - 8 Disember 2016 : Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan
- 8 Disember 2016 - 6 Januari 2019 : Yang Maha Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan
- 6 Januari 2019 - 28 September 2019 : Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan
- 28 September 2019 - 4 Januari 2024 : Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan
- 4 Januari 2024 - kini : Yang Amat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra
Nama penuh dan gelaran rasmi Tengku Muhammad Fa-iz Petra ialah:
Yang Amat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, D.K., S.P.M.K., D.M.K. (Kedah)
Remove ads
Keturunan
Remove ads
Penghargaan
Beliau telah dianugerahkan:[8][9]
Penghargaan Kelantan
Darjah Kebesaran Kerabat Kelantan Yang Amat Dihormati (Al-Yunusi) (DK) (30 Mac 2003)
Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi I) (SPMK) (30 Mac 1996) - Dato'
Pingat Kemahkotaan Sultan Ismail Petra (30 Mac 1980)
Pingat Jubli Perak Sultan Ismail Petra (30 Mac 2004)
Pingat Pemasyhuran Sultan Muhammad V (13 September 2010)
Penghargaan Malaysia dan negeri-negeri lain
Malaysia :
Pingat Perkhidmatan Am (PPA)
Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15
Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16
Kedah :
Darjah Utama Sri Mahawangsa Yang Amat di-Hormati (DMK) (30 September 2017) - Dato' Seri Utama
Pingat Pertabalan Sultan Sallehuddin (22 Oktober 2018)
Perak :
Remove ads
Eponim
- Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang, Kelantan
Rujukan
Pautan luar
- Tengku Muhammad Faiz is Kelantan crown prince, The Star, 18 October 2010.
- Tengku Muhammad Faiz is Kelantan regent, mStar, 8 Disember 2016.
Remove ads
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads