Tertier

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Tertier (Itali: Terziario turunan Latin tertiarius terbitan kata dasar tertius "ketiga"[1]) merupakan istilah yang lapuk secara rasmi tetapi masih digunakan secara meluas untuk kala geologi dari 65 juta ke 1.806 juta tahun dahulu, iaitu jangka masa yang terletak di antara kala Sekunder dan Kuaterner. Tertier tidak lagi diterima sebagai unit formal oleh Suruhanjaya Stratigrafi Antarabangsa,[2][3][4][5] yang mana jangka masanya terbahagi kepada Kala Paleogen dan Neogen, dan peringkat pertama Pleistosen di Era Senozoik. Kala ini mula diungkapkan ahli kajibumi Itali Giovanni Arduino pada thun 1760 hasil pembahagian jenis batu kerak bumi kepada empat: Primario ("Yang Pertama"), Secondario ("Yang Kedua"), Terziario ("Yang Ketiga") dan Quaternario ("Yang Keempat").[1]

Peristiwa pada era Senozoik
lihat  bincang  sunting
-70 
-60 
-50 
-40 
-30 
-20 
-10 
0 
Garis masa anggaran bagi peristiwa-peristiwa Senozoik.
Skala paksi: juta tahun sebelum masa kini.

Kala ini bermula dengan kepupusan dinosaur bukan avian pada peristiwa kepupusan Usia Kapur–Paleogen, di permulaan Era Senozoik, dan menjangkau hingga bermulanya pengglasieran Kuaterner di penghujung epok Pliosen. Tertier turut merangkumi awal Pleistosen.

Remove ads

Peristiwa geologi

Kegiatan tektonik berterusan sementara Gondwana akhirnya berpecah sama sekali, dan India bertembung dengan plat Eurasia.

Amerika Selatan bersambung dengan Amerika Utara menjelang penghujung Tertier Tertiary, dan ini menyebabkan perubahan iklim pada pertengahan hingga lewat Tertier.

Antartika yang sudah pun berpisah terhanyut ke kedudukan masa kininya di Kutub Selatan pada era ini. Kegiatan gunung berapi berleluasa pada zaman ini.

Remove ads

Iklim

Iklim sewaktu zaman Tertier mendingin perlahan-perlahana, bermula di Paleosen dengan suhu sedunia tropika ke sederhana dan berakhir sebelum pengglasieran berleluasa yang pertama di permulaan Kuaterner.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads