The FBI Files

From Wikipedia, the free encyclopedia

The FBI Files
Remove ads

The FBI Files ialah siri televisyen dokumentari drama Amerika Syarikat yang disiarkan dari 1998 hingga 2006 di Discovery Channel dan diterbitkan oleh New Dominion Pictures.[1] Rancamgan ini dibatalkan pada tahun 2006. Namun, Escape, Discovery dan rangkaian kembarnya, Investigation Discovery, mengulang siar rancangan ini sehingga Oktober 2012. Investigation Discovery hanya menyiarkan episod dari musim 5, 6, dan 7. Pada Oktober 2012, rangkaian itu menyiarkan episod dari musim sebelumnya (meskipun tidak harus dalam urutan kronologi), dengan maklumat terbaru mengenai kes di akhir sebahagian besar episod. Sehingga akhir September 2012, WE tv menyiarkan episod dari musim 1-4, tetapi rangkaian iti telah menghapuskan pendahuluan episod oleh Jim Kallstrom. Di United Kingdom menerusi Channel 5, The FBI Files bersiaran pada malam Sabtu sebelum QuizCall. Siri ini juga telah disiarkan di TV Denmark, Discovery Australia dan Netflix di Kanada. Semua tujuh musim telah dikeluarkan dalam bentuk DVD.

Fakta Segera Pencipta, Dibintangi oleh ...
Remove ads

Sinopsis

Rancangan ini menjelaskan kes-kes FBI yang sebenarnya, dengan dramatisasi dan wawancara dengan agen dan ahli sains forensik yang bekerja dalam siasatan. Tayangan perdana pada 20 Oktober 1998, dan 120 episod diterbitkan oleh penerbit Discovery Channel, Tom Golden sebelum episod terakhir disiarkan pada 24 Mac 2006. Siri ini menampilkan penculikan dan pembunuhan Polly Klaas, siasatam dan hukuman terhadap John Gotti, kes Unabomber (Ted Kaczynski), Pengeboman World Trade Center 1993, kes pembunuhan Sara Tokars, beberapa tahanan penjara lolos yang dilakukan oleh Christopher Jeburk, aksi pengeboman terbesar yang pernah dilakukan oleh John Birges (Kasino Harvey's di Stateline, Nevada), dan banyak lagi. Tidak seperti The New Detectives, rancangan TV jenayah yang agak serupa, The FBI Files berfokus pada pembunuhan, dadah, rompakan bank, penculikan, dll., di mana FBI telah dipanggil untuk melakukan siasatan.

Remove ads

Musim dan episod

Maklumat lanjut Musim, Episod ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads