Indium

unsur kimia dengan nombor atom 49 From Wikipedia, the free encyclopedia

Indium
Remove ads

Indium adalah sejenis unsur kimia dengan simbol In dan nombor atom 49. Unsur logam yang lembut dan mulur ini digunakan dalam pembuatan LCD.

Fakta Segera Ciri-ciri umum, Rupa ...
Remove ads

Ciri-ciri

Isotop

Indium-113 ialah satu-satunya isotop stabil indium. Selain itu, indium-155 juga wujud di persekitaran. Setakat kini, 39 isotop indium telah dikenal pasti.

Sejarah

Indium ditemui oleh para saintis Jerman, Ferdinand Reich dan Hieronymous Theodor Richter pada 1863 menerusi kaedah spektroskopi. Mereka menamakan sebatian tersebut sebagai indium sempena warna indigo yang muncul dalam spektrum ketika eksperimen.[4] Richter kemudiannya mengasingkan logam indium pada tahun seterusnya.[5]

Sebatian

Indium(III) oksida, In2O3 terbentuk melalui pemanasan indium dalam udara atau penguraian hidroksida dan nitrat indium dengan haba.[6] Oksida ini bersifat amfoterik dan memiliki struktur seperti aluminium oksida.

Sebatian indium(I) tidak biasanya ditemui. Sebatian indium(I) oksida terbentuk apabila indium(III) oksida dipanaskan dan terurai pada suhu 700 °C.[6]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads