Titian Takdir

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Titian Takdir merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Nazir Jamaluddin lakonan Syazuwan Hassan, Nadia Brian, Farhanna Qismina dan Fimie Don, Atiq Azman. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 bermula 9 Januari 2020 hingga 6 Februari 2020 menggantikan Kampung People.[1][2][3]

Fakta Segera Genre, Pencipta ...
Remove ads

Sinopsis

Kisah empat adik beradik Latifah (Along), Nazmi (Angah), Ayoi dan Aisyah yang kehilangan ibu sejak kecil. Mereka terpaksa tinggal dengan ibu saudara meraka, Mak Ngah Yun dan nenek mereka, Wan Jah tanpa belaian kasih sayang dan penuh kebencian. Akhirnya mereka dihantar ke rumah anak yatim.

Kerana kesempitan hidup, adik bongsu mereka Aisyah terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat iaitu Datuk Jufri dan Datin Rina. Sejak itu mereka terpisah.

Meningkat dewasa, Angah cuba menyatukan kembali adik beradik yang terpisah. Aisyah menggangap dia sudah tidak ada lagi adik beradik dan mahu dikenali sebagai Karina, seorang artis.  Along kini bekerja dengan Dr Kamil di sebuah klinik. Ayoi pula menjadi seorang samseng.

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Pelakon kanak-kanak

  • Putri Syahadah Nurjannah sebagai Along kecil
  • Syamim Razi sebagai Nazmi kecil
  • Habiel Lutfillah sebagai Ayoi kecil
  • Dhia Irdina sebagai Aisyah kecil
Remove ads

Penerbitan

Penggambaran dijalankan pada Oktober 2019. Untuk menjayakan watak Aishah dan Karina, Sweet Qismina mewarnakan rambutnya berwarna merah jingga.[4]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads