Tomorrow X Together

kumpulan muzik From Wikipedia, the free encyclopedia

Tomorrow X Together
Remove ads

Tomorrow X Together (Korea: 투모로우바이투게더, Jepun: トゥモローバイトゥギャザ-; Tomorrow by Together, digayakan dengan semua huruf besar), biasa dikenali sebagai TXT}} TEE-eks-tee) adalah kumpulan muzik lelaki dari Korea Selatan yang dibentuk oleh syarikat Big Hit Entertainment, kini dikenali sebagai Big Hit Music. Kumpulan muzik ini terdiri daripada lima orang ahli: Yeonjun, Soobin, Beomgyu, Taehyun dan HueningKai.[2]

Fakta Segera Maklumat latar belakang, Juga dikenali sebagai ...

Mereka membuat penampilan sulung pada 4 Mac 2019 dengan album mini (EP) The Dream Chapter: Star. EP tersebut memperoleh kedudukan pertama dalam Gaon Album Chart dan Billboard World Albums Chart, serta memasuki Billboard 200 Amerika Syarikat di tangga ke-140, album debut dengan carta tertinggi oleh mana-mana kumpulan K-pop lelaki pada masa itu. Single utamanya "Crown" berjaya berada di kedudukan nombor satu pada Billboard World Digital Songs chart. Kumpulan ini juga mengungguli carta Billboard Emerging Artists chart. TXT ialah kumpulan lelaki Korea pertama yang membuat persembahan dan tajuk utama di Lollapalooza, salah satu festival muzik terbesar di Amerika Syarikat.

Kejayaan komersial awal Tomorrow X Together memberi mereka beberapa anugerah artis baharu, termasuklah Rookie of the Year di Golden Disc Awards ke-34 dan Melon Music Awards 2019, New Artist of the Year di Gaon Chart Music Awards ke-9 dan Best New Male Artist di Mnet Asian Music Awards 2019.

Remove ads

Nama

Dalam bahasa Korea, nama kumpulan ini ialah 투모로우바이투게더,[3] iaitu "Tomorrow by Together" diterjemahkan ke dalam Hangul; mereka tidak mempunyai versi Korea yang berasingan bagi nama mereka.[4] Menurut laman web mereka, nama mereka merujuk kepada lima orang individu yang "bersatu di bawah satu impian dengan harapan untuk membina hari esok yang lebih baik".[5]

Nama penuh sering dipendekkan kepada 투바투; Tubatu oleh media dan peminat Korea.[6][7] Media antarabangsa dan peminat sering memendekkan nama kumpulan kepada TXT.[8] Dalam temu bual pertama mereka dengan MBC Section TV, kumpulan ini menyatakan bahawa mereka lebih suka dipanggil "Tomorrow X Together" berbanding "TXT".[9]

Remove ads

Ahli

Maklumat lanjut Nama, Pengenalan ringkas ...
Remove ads

Diskografi

Album studio berbahasa Korea

  • The Dream Chapter: Magic (2019)
  • The Chaos Chapter: Freeze (2021)
  • The Name Chapter: Freefall (2023)
  • The Star Chapter: Together (2025)

Album studio berbahasa Jepun

  • Still Dreaming (2021)
  • Sweet (2023)

Filemografi

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rancangan dalam talian

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rancangan radio

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads