Trias Awal

From Wikipedia, the free encyclopedia

Trias Awal
Remove ads


Trias Awal merupakan nama untuk epok pertama daripada tiga epok pada Tempoh Trias dalam skala masa geologi. Ia menjangkau antara 251.9 juta tahun dahulu (jtd) dan 247.2 jtd. Batuan dari zaman ini secara kolektif dikenali sebagai Siri Trias Bawah, yang merupakan satu unit kronostratigrafi. Epok Trias Awal ialah epok tertua Era Mesozoik. Ia didahului oleh Epok Leping (akhir tempoh Perm, Era Paleozoik) dan diikuti oleh Epok Trias Tengah . Epok Trias Awal terbahagi kepada usia Induan dan usia Olenekian. Usia Induan terbahagi kepada subusia Griesbachian dan subusia Dienerian, manakala usia Olenekian terbahagi kepada subusia Smithian dan subusia Spathian.[2]

Fakta Segera Kronologi, Etimologi ...

Siri Trias Bawah bersamaan dengan Peringkat Scythian, yang kini tidak termasuk dalam skala masa rasmi tetapi boleh didapati dalam catatan ilmiah lama. Di Eropah, kebanyakan Epok Trias Bawah terdiri daripada Buntsandstein, yang merupakan unit lithostratigrafi bagi lapisan dasar benua merah.

Epok Trias Awal dan sebahagiannya daripada epok Trias Tengah menjangkau satu selangan masa untuk pemulihan biotik daripada peristiwa kepupusan Perm-Trias, iaitu peristiwa kepupusan besar-besaran yang paling teruk dalam sejarah Bumi.[3][4][5] Peristiwa kepupusan kedua, peristiwa sempadan Smithian-Spathian, berlaku pada usia Olenekian.[6] Peristiwa kepupusan ketiga berlaku pada sempadan Olenekian-Anisian, menandakan berakhirnya zaman Trias Awal.[7]

Remove ads

Galeri fosil

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads