Tune Group
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tune Group Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat hiburan dan riadah Malaysia yang diasaskan oleh usahawan Malaysia, Tony Fernandes dan Kamarudin Meranun. Misi Tune Group adalah untuk menyediakan kemampuan dan akses kepada aktiviti rekreasi dan hiburan, terutamanya di pasaran Asia. Ia dilakukan melalui syarikat subsidiari, syarikat penerbangan, hotel, telekomunikasi, perkhidmatan kewangan, sukan, media dan kreatif.[1][2][3] Anak-anak syarikatnya termasuk: syarikat penerbangan tambang Air Asia; Kumpulan Caterham, sebuah syarikat teknologi berasaskan enjin motor, di mana ia dahulunya memiliki Pasukan F1 Caterham;[4] dan Queens Park Rangers, sebuah kelab bola sepak Inggeris.[5] Tune Group ialah penaja baju rasmi pegawai perlawanan FA sehingga 2013. [6]
Remove ads
Perniagaan
Tune diasaskan pada lewat 2001 dengan pembelian AirAsia oleh Tune Air Sdn Bhd pada 2 Disember 2001. Pada 2013, Tune Group mengembangkan perniagaan hotel bajet rendah (Tune Hotels) di Australia.[7]
Pada 2018, Tune Hotels tidak lagi diuruskan oleh Tune Group dan kini di bawah pengurusan Ormond Group.[8]
Portfolio
- AirAsia Berhad
- Tune Talk Sdn. Bhd.
- Tune Hotels Regional Services Sdn. Bhd.
- Tune Money Sdn. Bhd.
- Think Big Digital Sdn. Bhd.
- Tune Protect Group Berhad
- Tune Studios Sdn. Bhd.
- QPR Asia Sdn. Bhd.
- Tune Box Sdn. Bhd.
- Educ8 Group Sdn. Bhd.
- Caterham Group
Penajaan

Tune Group ialah rakan kongsi Liga Bola Sepak dan Piala FA. Ia mengikat kontrak untuk bekerjasama dengan Pegawai Perlawanan Permainan Profesional (PGMO) selama tujuh tahun dan berjalan selama tiga tahun untuk musim 2010–2011.[penjelasan diperlukan] Previously, PGMO was affiliated with the Tune Group subsidiary AirAsia.[9][10]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads