Tengku Sarafudin Badlishah
Raja Muda Kedah From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Duli Yang Teramat Mulia Tunku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin (diputerakan pada 2 Mac 1967 di Alor Setar, Kedah) ialah Raja Muda Kedah Darul Aman ke-20.
Remove ads
Keputeraan
Tunku Sarafudin Badlishah diputerakan pada 2 Mac 1967 di Alor Setar, Kedah. Baginda merupakan putera sulung kepada Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff.
Baginda juga merupakan cucunda kepada Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Sultanah Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
Pendidikan
- Maktab Tentera Diraja dari 1980-1984.
- Holborn College London.
- Ijazah Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Brunel, Uxbrige, Middlesex, United Kingdom.
- Barrister at Law (Inner Temple), United Kingdom.[1]
Kehidupan diraja
Tunku Sarafudin Badlishah juga mempunyai seorang adinda lelaki DYAM Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff yang diputerakan pada tahun 1970.
Kerjaya
Baginda pernah menjadi peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaysia pada 1994. Baginda turut pernah menjawat pelbagai jawatan di beberapa agensi dan syarikat antaranya pengarah perundangan dan sekretariat di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 1999. Baginda kini adalah pengarah dan juga Anggota Lembaga Pentadbir di Asiamet (M) Sdn Bhd, Pengerusi Thong Fuan Industries Berhad, selain menjadi rakan kongsi di Kamil Hashim Raj & Lim Advocates and Solicitors.
Remove ads
Tunku Laksamana Kedah
Tunku Sarafudin Badlishah telah dikurniakan gelaran Tunku Laksamana Kedah pada 15 Januari 2017.[2]
Raja Muda Kedah
Majlis Bacaan Yasin dan Doa Sempena Pemasyhuran Pelantikan Raja Muda Kedah telah diadakan di Masjid Zahir pada waktu tengah hari 24 November 2017.[3] Pada 26 November 2017, Tunku Sarafudin telah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah dalam majlis penuh istiadat di Istana Anak Bukit, Kedah.[4] Istiadat pemasyhuran pelantikan itu selaras dengan Perkara 28, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dengan Tengku Sarafudin menggantikan ayahandanya, Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah yang menaiki takhta sebagai Sultan Kedah ekoran kemangkatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah September lalu.[5] Pemasyhuran Tengku Sarafudin itu dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Bakar Din, diikuti lafaz sumpah dan menandatangani watikah sumpah Raja Muda Kedah.[6] Tunku Sarafudin kemudiannya menandatangani surat sumpah yang disaksikan Ketua Hakim Syarie Kedah Dato’ Syeikh Abdul Rahman Abdullah dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hashim Hamzah.[7] Tengku Sarafudin dikurniakan Keris Kebesaran sebelum paluan nobat serta sembilan das tembakan meriam dilepaskan.[8]
Remove ads
Perkahwinan dan anakanda
Tuku Sarafudin bertemu jodoh dengan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff dan baginda berdua melangsungkan perkahwinan pada 27 Februari 2003 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu seorang puteri YTM Tunku Zara Bahiyah yang diputerakan pada 11 April 2004 dan seorang putera YTM Tunku Sulaiman Badlishah yang diputerakan pada 18 Disember 2007.
Gelaran
- 2 Mac 1967 - 21 Januari 2007 : Yang Teramat Mulia Tunku Sarafudin Badlishah Ibni Tunku Mahmud Sallehuddin
- 21 Januari 2007 – 15 Januari 2017 : Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Sarafudin Badlishah ibni Tunku Mahmud Sallehuddin
- 15 Januari 2017 – 12 September 2017 : Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Sarafudin Badlishah ibni Tunku Mahmud Sallehuddin, Tunku Laksamana Kedah
- 12 September 2017 – 26 November 2017 : Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Sarafudin Badlishah ibni Sultan Sallehuddin, Tunku Laksamana Kedah
- 26 November 2017 – 22 Oktober 2018 : Duli Yang Teramat Mulia Tunku Sarafudin Badlishah ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah Darul Aman
- 22 Oktober 2018 – kini : Duli Yang Teramat Mulia Tunku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah Darul Aman
Remove ads
Penganugerahan Kurniaan Darjah
Tengku Sarafuddin Badlishah telah dianugerahkan:
Darjah Utama Seri Mahawangsa Yang Amat Dihormati (DMK) (26 November 2017) membawa gelaran Dato' Seri Utama[9]
Dato' Setia Diraja Kedah Darjah Yang Mulia Setia Diraja (DSDK) (21 Januari 2007) membawa gelaran Dato'
Pingat Jubli Emas Sultan Abdul Halim (15 Julai 2008)
Pingat Pertabalan Sultan Sallehuddin (22 Oktober 2018)
Kerabat diraja
Tengku Sharafuddin Badlishah berkahwin dengan Che Puan Muda Zaheeda pada 27 Februari 2003. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang puteri dan seorang putera.[10]
Remove ads
Keturunan diraja
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads

