Tunku Shazuddin Ariff
Tunku Mahkota Kedah From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin (diputerakan pada 27 April 1970 di Alor Setar, Kedah) merupakan Tunku Mahkota Kedah. Baginda merupakan anakanda bongsu dan putera kedua kepada Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Sultanah Maliha.
Remove ads
Keputeraan
Tunku Shazuddin Ariff diputerakan pada 27 April 1970 di Alor Setar, Kedah merupakan putera bongsu kepada Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Malilha binti Almarhum Tengku Ariff.
Baginda juga merupakan cucunda kepada Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Sultanah Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
Kehidupan diraja
Tunku Shazuddin Ariff juga mempunyai seorang kekanda lelaki DYTM Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah yang diputerakan pada tahun 1967.
Perkahwinan
Pada 26 November 2022, Tunku Shazuddin Ariff selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya seorang mualaf yang berketurunan Cina, Che Puan Nur Julie Ariff (nama asal Julie Gwee Chai Hong) dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Darul Aman Jalan Kedah, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.[1]
Pada hari yang sama KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah berkenan mengurniakan Pangkat Kemuliaan kepada Che Puan Nur Julie Ariff dengan gelaran Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota Kedah.[2][3]
Pendidikan
- Tahun 1990 - Tahun 1994 : Kansas Wesleyan University, United State of America - Design and Marketing
- Tahun 1989 – Tahun 1990 : KDU University College
- Tahun 1982 – Tahun 1987 : Sekolah Menengah Bukit Bintang
- Tahun 1977 – Tahun 1982 : Sekolah Rendah Sri Petaling
Kerjaya
Setelah menamatkan pengajian di Kansas Wesleyan University, Tunku Shazuddin Ariff telah berkhidmat di beberapa syarikat di Los Angeles, United State of America. Sekembali ke Malaysia, Baginda memulakan kerjaya bersama Johan Design Associates selama lima tahun. Baginda telah ditugaskan untuk menguruskan pelbagai projek untuk beberapa syarikat terkemuka seperti Petronas F1, Malaysia Airlines, RHB Bank, Northport dan pelbagai Kementerian di Malaysia. Baginda meneruskan kerjaya dalam industri yang sama dengan syarikat – syarikat terkemuka yang lain seperti di Hewlett Packard, Data One dan Keppel Group of Singapore sehingga tahun 2001.
Pada tahun 2002, Tunku Shazuddin Ariff menceburi bidang perniagaan reka bentuk dengan menubuhkan Syarikat Rethink Sdn Bhd yang mempunyai kepakaran dalam bidang Branding & Graphic Design dan Syarikat Reka 3 Sdn Bhd yang mempunyai kepakaran dalam bidang Interior Design. Pada masa yang sama, Baginda juga merupakan Pengarah Urusan Seri Libana Sdn Bhd.
Remove ads
Tunku Laksamana Kedah
Tunku Shazuddin Ariff telah dikurniakan gelaran Tunku Laksamana Kedah pada 26 November 2017.[4]
Tunku Mahkota Kedah
Tunku Shazuddin Ariff telah dikurniakan gelaran Tunku Mahkota Kedah pada 19 Jun 2022.[5]
Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang
Terasul dan gelaran
- 27 April 1970 – 19 Januari 2014 : Yang Teramat Mulia Tunku Shazuddin Ariff ibni Tunku Mahmud Sallehuddin
- 19 Januari 2014 - 12 September 2017 : Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Shazuddin Ariff ibni Tunku Mahmud Sallehuddin
- 12 September 2017 - 26 November 2017 : Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Shazuddin Ariff ibni Sultan Sallehuddin
- 26 November 2017 - 22 Oktober 2018 : Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Shazuddin Ariff ibni Sultan Sallehuddin, Tunku Laksamana Kedah
- 22 Oktober 2018 - 25 Ogos 2019 : Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Shazuddin Ariff ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Laksamana Kedah
- 25 Ogos 2019 - 18 Jun 2022 : Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Laksamana Kedah
- 19 Jun 2022 - kini : Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah
Remove ads
Penganugerahan Kurniaan Darjah
Tunku Shazuddin Ariff telah dianugerahkan:
Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin (SSSK) (25 Ogos 2019) membawa gelaran Dato' Seri Diraja
Dato' Setia Diraja Kedah Darjah Yang Mulia Setia Diraja (DSDK) (19 Januari 2014) membawa gelaran Dato'
Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (SMS) (18 Januari 2009)
Pingat Jubli Emas Sultan Abdul Halim (15 Julai 2008)
Pingat Pertabalan Sultan Sallehuddin (22 Oktober 2018)
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads