Unsur kala 4
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Unsur kala 4 merupakan kala unsur kimia yang terkandung dalam baris keempat (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kala keempat ini mengandungi sebanyak 18 unsur iaitu kalium (K), kalsium (Ca), skandium (Sc), titanium (Ti), vanadium (V), kromium (Cr), mangan (Mn), Besi (Fe), kobalt (Co), nikel (Ni), kuprum (Cu), zink (Zn), galium (Ga), germanium (Ge), arsenik (As), selenium (Se), bromin (Br) dan kripton (Kr). Dari segi penerangan berdasarkan mekanik kuantum bagi struktur atom, kala ini menyerupai pengisian orbital 3d, 4s dan 4p. Unsur kala 4 mematuhi hukum oktet di mana mereka memerlukan 8 elektron yang diisi dalam petala valensnya untuk mencapai kestabilan. Jumlah maksimum elektron yang boleh diterima dan diisi dalam semua petala bagi unsur kala ini ialah 36 (1s22s22p63s23p63d104s24p6). Situasi ini boleh diterangkan berdasarkan teori moden struktur atom. Semua unsur dalam kumpulan ini mempunyai 4 petala yang berisi elektron.
Kategori unsur dalam jadual berkala
Logam | Metaloid | Bukan logam | |||||||
Logam alkali | Logam alkali bumi | Logam peralihan dalaman | Logam peralihan | Logam lemah | Bukan logam | Halogen | Gas adi | ||
Lantanid | Aktinid |
Remove ads
Lihat juga
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads