Urban Method

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Urban Method merupakan kumpulan hip hop Malaysia dari Pulau Pinang, terdiri daripada Mahadhir Mohd Ismail (Mahadhir), Muneer Khan Nazir Khan (Muneer), Ahmad Sayuti Ibrahim (Chique), Hazairi Basha Mohd Jamel Basha (Jay) dan Mohd Munawir Anuar (Naweer). Kumpulan ini, yang meraih kejayaan dalam tempoh singkat dalam industri muzik, menerima kejayan meluas menerusi rakaman semula lagu "Wajah Rahsia Hati" yang dipersembahkan oleh Ogy Ahmad Daud.[1][2][3]

Fakta Segera Asal, Genre ...
Remove ads

Sejarah

Urban Method mula bergiat aktif dalam industri muzik hip hop underground pada 1999 ketika era kegemilangan Poetic Ammo dan Too Phat. Mereka terdiri daripada lima ahli yang kesemuanya ialah anak jati negeri Pulau Mutiara – Mahadhir Mohd Ismail (Mahadhir), Muneer Khan Nazir Khan (Muneer), Ahmad Sayuti Ibrahim (Chique), Hazairi Basha Mohd Jamel Basha (Jay) dan Mohd Munawir Anuar (Naweer).[4]

Mereka pertama kali diperkenalkan menerusi single pertama, "Evolusi" menampilkan duet bersama Azan Addin dari kumpulan Ruffedge. Urban Method mula menerima pengikrtirafan meluas menerusi rakaman semula lagu "Wajah Rahsia Hati", runut bunyi filem Ali Setan (1985). Menerusi lagu ini, mereka beekolaborasi bersama penyanyi asal lagu itu yang juga pelakon filem tersebut, Ogy Ahmad Daud.[5]

Album pertama dan terakhir Urban Method yang menggunakan nama kumpulan ini sebagai tajuk album dikeluarkan pada Mac 2007 di bawah label LIFE Records.[6][7] Lagu lain yang dikeluarkan sebagai single ialah "Sudah (Jong Jong Inai)" dan "Jangan Malu". Selepas lebih sedekad menempa nama, ahli kumpulan ini mengambil keputusan untuk membawa haluan pada 2009 dan semua aktiviti muzik Urban Method dihentikan.[8]

Bagaimanapun, pada 2021, mereka membuat kemunculan semula dengan melancarkan single terbaharu, "Domo Arigato".[9][10]

Remove ads

Diskografi

Album studio

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...

Lagu dan single

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads