Ureus

From Wikipedia, the free encyclopedia

Ureus
Remove ads

Ureus (Jawi: اوريوس; Yunani Purba: οὐραῖος ; Mesir: jꜥrt, "ular tedung berdiri tegak") ialah ular tedung Mesir dalam seni Mesir, digunakan sebagai simbol kedaulatan, diraja, dewa dan kuasa ketuhanan dalam kepercayaan Mesir purba.

Thumb
Patung Ureus, antara 722 dan 332 SM. Zaman Akhir. Museo Egizio Turin.
Thumb
Topeng mumia Tutankhamun dengan ureus, daripada Dinasti Kelapan Belas. Imej ular tedung Wadjet dengan imej burung nasar Nekhbet melambangkan bersatunya Mesir Hilir dan Hulu.
Remove ads

Simbolisme

Thumb
Empat ular tedung ureus emas, dengan cakera matahari di kepala, di bahagian belakang takhta Firaun Tutankhamun (1346–1337 SM). Lembah Raja-raja, Thebes, Kerajaan Baru (Dinasti ke-18)

Ureus merupakan simbol dewi Wadjet.[1] Dia salah satu tuhan Mesir terawal dan sering digambarkan sebagai ular tedung kerana dia dewi ular. Pusat pemujaannya di Per-Wadjet, yang kemudiannya dipanggil Buto oleh orang Yunani.[2] Dia dewi penaung Delta Nil dan pelindung seluruh Mesir Hilir.[3] Firaun-firaun memakai ureus sebagai hiasan kepala: sama ada dengan seluruh badan Wadjet di atas kepala, atau sebagai mahkota yang mengelilingi kepala; ini melambangkan perlindungan Wadjet dan menunjukkan kuasa firaun ke atas negerinya. Tidak kira cara Ureus dipakai, ia dikira sebahagian daripada mahkota firaun. Firaun diiktiraf hanya dengan memakai Ureus, yang menunjukkan bahawa dia pemimpin yang sah. Terdapat bukti tradisi ini dari Kerajaan Lama semasa alaf ke-3 SM.[4] Beberapa dewi yang dikaitkan dengan atau dianggap sebagai jelmaan Wadjet digambarkan memakai ureus juga.

Ketika penyatuan Mesir, imej Nekhbet, dewi burung nasar putih dan penaung Mesir Hulu, digabungkan dengan Wadjet di Ureus yang mengelilingi mahkota firaun yang memerintah Mesir bersatu. Kepentingan kultus-kultus kedua-dua dewi memastikan mereka kekal terasing, tidak seperti banyak dewa-dewi Mesir yang lain. Bersama-sama, mereka dikenali sebagai Nebty atau Dua Ratu, yang menjadi pelindung dan penaung bersama Mesir bersatu.[1]

Zaman terkemudiannya, firaun firaun dianggap mewakili tuhan matahari Ra, dan Ureus mereka dipercayai akan melindungi firaun dengan menghembuskan api terhadap musuh-musuh.[perlu rujukan] Dalam penceritaan mitologi, mata Ra dikatakan adalah seekor ureus.

Remove ads

Ureus Emas Senusret II

Thumb
Ureus dengan Mahkota Merah Mesir Hilir. Zaman Akhir Mesir, 664–332 SM

Pada tahun 1919, selepas baru setengah jam digali, seorang pekerja dari Qift, Hosni Ibrahim, menemui Ureus Emas padu Senusret II. Ekskavasi itu berancang untuk mengosongkan bilik-bilik Piramid El-Lahun di Saqqara. Menggali di dalam ruang persembahan di sebelah selatan makam yang ditarah daripada batu itu mendedahkan perhiasan mahkota Ureus Emas itu, selepas baru 15 cm tanah digali.

Sebelum makam Tutankhamun ditemui pada tahun 1922, Ureus Emas ini adalah satu-satunya perhiasan yang diketahui pernah dipakai oleh firaun yang telah dimakamkan, dan ia disangka diturunkan kepada firaun seterusnya.

Ureus Emas tersebut adalah emas padu, 6.7 cm (2.6 in), mata hitam batu granit, warna kepala ular itu batu lazuardi biru ultramarin, rusuk ular tedung yang kembang ditatah dengan ahmar gelap dan firus. Untuk dipasang pada mahkota firaun, dua lingkaran di ekor belakang ular tedung menjadi tempat untuk mengikatnya.[5][6]

Remove ads

Sebagai hieroglif

Thumb
Azimat ular tedung sepuh hijau dalam bentuk Ureus

Selain Ureus digunakan sebagai perhiasan untuk patung atau perhiasan firaun, ia juga digunakan untuk barang kemas dan azimat. Walau bagaimanapun, satu lagi kegunaan penting ialah sebagai hieroglif.

Hiasan Ureus ditemui di makam Djedptahiufankh, seorang pendeta besar dari Dinasti ke-21 semasa pemerintahan Shoshenq I.[perlu rujukan]

Maklumat lanjut Ureus—Ureus di atas BakulNtr + Ular tedung dalam hieroglif Mesir ...

Bentuk hieroglifnya yang paling ringkas ialah "Ular tedung" (Ureus); namun terdapat pelbagai jenis yang berkaitan dengan dewi, pendeta wanita, dewi Menhit, kuil dewi (àter), dewi Isis, dan terakhir sekali dewi: (Ular tedung (Ureus) di tapak seorang dewa (ntr)).[perlu rujukan] Batu Rasyid menggunakan jamak dalam contoh yang terakhir tadi, "3 × "bendera dewa" dengan Ular Tedung di setiap pangkal bendera". Kisah Batu Rasyid menceritakan bahawa raja (para pendeta raja) menyenaraikan sebab-sebab untuk baginda dihormati, dan sebagai balasan, "Dewa dan Dewi (jamak)" akan memberi ganjaran kepadanya. Dua pertiga terakhir Batu Rasyid menceritakan bagaimana baginda akan dihormati, seperti sebuah Batu Rasyid akan didirikan untuk dibaca semua orang.[perlu rujukan]

Maklumat lanjut Ureus pada bangunan dalam hieroglif Mesir ...

Contoh lain penggunaan hieroglifnya adalah sebagai hiasan pada hieroglif untuk "keramat", dan juga untuk "bangunan".[7]

Mahkota Biru

Sebelum Zaman Kerajaan Baru, badan Ureus berlingkaran di belakang kepalanya yang terangkat pada Mahkota Biru. Raja paling kerap digambarkan memakai Mahkota Biru dalam gambar-gambar tempur dan selepas berperang. Selain itu, gambar raja yang lebih kecil biasanya memakai Mahkota Biru apabila digambarkan bersama dewa-dewa pelindung. Patung besar raja yang memakai Mahkota Biru sangat jarang ditemui; patung diraja biasanya tidak ada Mahkota Biru. Juga, gambaran Mahkota Biru dengan Ureusnya tidak ada dalam makam diraja sehinggalah lewat Zaman Ramesses. Dewa di muka bumi itu dipercayai memerlukan lebih perlindungan dalam bentuk fana, menekankan pentingnya perlindungan Ureus.[8] Ureus biasanya dibuat daripada logam berharga, biasanya emas dan jarangnya perak, dan dihiasi dengan batu permata.[9]

Remove ads

Serafim

Malaikat Serafim, yang terdapat dalam Bible Ibrani dan riwayat-riwayat Yahudi, Kristian, dan Islam yang terkemudian, sering dikaitkan dengan ular dan dipercayai berasal daripada konsep ureus. Azimat ureus bersayap berganda banyak terdapat di negeri bani Israel.[10]

Thumb
Itik dan Hedjet

Lihat juga

Remove ads

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads