Virus Nipah

spesies virus From Wikipedia, the free encyclopedia

Virus Nipah
Remove ads

Virus Nipah dikenal pasti pada 1999 selepas ia menyebabkan penyakit pernafasan dan neurologi di ladang babi di semenjung Malaysia mengorbankan 105 orang manusia dan pelupusan sejuta ekor babi yang terjangkit.[1] Di Singapura, 11 kes termasuk satu kematian berlaku dalam kalangan pekerja sembelihan yang terdedah kepada babi yang diimport ke ladang Malaysia. Virus Nipah dikelaskan oleh CDC sebagai agen Kategori C. [2]

Fakta Segera Henipaviruses, Pengelasan virus ...
Thumb
Keluang Malaya (Pteropus vampyrus), salah seekor haiwan takung semula jadi virus Nipah.

Simptom jangkitan dari wabak Malaysia terutamanya adalah ensefalitis pada manusia dan pernafasan bagi babi. Wabak berikutnya telah menyebabkan penyakit pernafasan pada manusia, meningkatkan kemungkinan jangkitan dari manusia ke manusia dan menunjukkan kewujudan jenis virus yang lebih berbahaya.

Berasaskan data seroprevalence dan pengasingan virus, simpanan utama virus Nipah telah dikenal pasti sebagai kelawar buah (Pteropid fruit bats) termasuk Pteropus vampyrus (Keluang) dan Pteropus hypomelanus (Keluang kecil), yang kedua-dua spesies terdapat di Malaysia.

Virus Nipah juga dikesan merebak di Bangladesh dengan kadar kematian mencecah 80%. Kadar ini hampir menyamai dengan wabak Ebola, sementara SARS mempunyai kadar kematian sekitar 9 peratus.) Ia tidak dapat dipastikan punca kematian yang lebih tinggi ini adalah disebabkan jenis Bangladesh lebih merbahaya berbanding jenis di Malaysia, atau ia disebabkan faktor perkhidmatan kesihatan yang kurang baik. Untuk menghalang wabak, Malaysia kini menyaring contoh darah babi bagi mengesan virus Nipah.

Penyebaran virus Nipah dari kelawar kepada babi dipercayai berlaku akibat peningkatan pertindanan antara kawasan habitat kelawar dengan kawasan pemeliharaan babi di semenanjung Malaysia. Di ladang indek (bermula berlaku wabak), kebun buah berada berdekatan dengan ladang babi, ini membenarkan tumpahan air kencing, najis dan buah yang digigit keluang dimakan pula oleh babi[3]. Kajian retrospespektif (undur balik) menunjukkan bahawa limpahan virus kepada babi mungkin telah berlaku di Indonesia 1996 tanpa dikesan [1]. Semasa 1998, penyebaran virus dibantu oleh pemindahan babi yang dijangkiti ke ladang lain dan memulakan wabak yang baru.

Remove ads

Wabak

Lapan lagi wabak virus Nipah telah berlaku semenjak 1998, kesemuanya di Bangladesh dan kawasan berjiran di India. Kawasan wabak terletak dalam kawasan spesies Pteropus giganteus. Sebagaimana virus Hendra, jangka berlaku wabak menunjukkan kesan bermusim.

Thumb
Lokasi wabak virus henipa (bintang merahvirus Hendra; bintang biruvirus Nipah) dan taburan takungan keluang virus henipa (teduh merahvirus Hendra; teduh biruvirus Nipah)
  • 31 Januari 2001 – 23 Februari, Siliguri, India: 66 kes dengan kadar kematian 74% [4]. 75% pesakit samaada kakitangan hospital atau melawat pesakit lain di hospital, menunjukkan jangkitan dari manusia ke manusia.
  • April 2001 – Mei, daerah Meherpur, Bangladesh: 13 kes dengan sembilan kematian (69% kematian) [5].
  • Januari 2003, daerah Naogaon, Bangladesh: 12 kes dengan lapan kematian (67% kematian) [5].
  • Januari 2004 – Februari, wilayah Manikganj dan Rajbari, Bangladesh: 42 kes dengan 14 kematian (33% kematian).
  • 19 Februari 2004 – 16 April, daerah Faridpur, Bangladesh: 36 kes dengan 27 kematian (75% kematian). Bukti epidemiologi jelas membayangkan wabak ini membabitkan jangkitan virus Nipah orang ke orang, sesuatu yang tidak disahkan sebelum ini [6]. 92% kes membabitkan hubungan rapat dengan sekurang-kurangnya seorang pesakit yang dijangkiti virus Nipah. Dua kes membabitkan dedahan singkat kepada pesakit, termasuk penarik beca yang membawa pesakit ke hospital. Tambahan lagi, sekurang-kurangnya enam kes membabitkan sindrom tekanan sistem pernafasan teruk yang belum pernah dilaporkan sebelum inibagi penyakit oleh virus Nipah pada manusia. Simptom ini kemungkinannya telah membantu penyebaran jangkitan antara manusia ke manusia melalui penyebaran titisan besar.
  • 2005 Januari, Daerah Tangail, Bangladesh: 12 kes dengan 11 kematian (92% kematian). Virus kemungkinannya datang dari minuman kurma yang tercemar oleh najis atau air liur kelawar[7].
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads