Merdeka 118

pencakar langit di Kuala Lumpur, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Menara Merdeka 118, sebelumnya dikenali sebagai Warisan Merdeka, KL 118 dan PNB 118, ialah sebuah pencakar langit megatinggi 118 tingkat di Kuala Lumpur, Malaysia. Pada tinggi 678.9 m (2,227 ka), ia menjadi bangunan dan struktur kedua tertinggi di dunia, sedikit sahaja di belakang Burj Khalifa pada 828 m (2,717 ka).

Fakta Segera Nama lama, Ketinggian yang direkodkan ...

Nama bangunan ini, iaitu Merdeka, diilhamkan daripada Stadium Merdeka yang terletak berdekatan.[10] Puncak menara selesai pada Disember 2022, menandakan ketinggiannya pada 678.9 m (2,227 ka) di atas tanah dan 700.9 m (2,300 ka) di atas paras laut.[11]

Ia bangunan tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara. Ia mengatasi The Exchange 106 pada 453.6 m (1,488 ka) menjadi bangunan tertinggi di Malaysia, dan mengalahkan Landmark 81 pada 461.2 m (1,513 ka) menjadi bangunan tertinggi di Asia Tenggara.[12] Bangunan ini juga akan menjadi yang pertama di Malaysia mendapatkan peringkat triple platinum daripada pengesahan mapan dunia, termasuk Leadership in Energy and Environmental Design (LEED).[12]

Remove ads

Latar belakang

Pembangunan Menara Merdeka 118 melibatkan tanah seluas 19 ekar (7.7 he) yang didanai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB),[13][14] dengan biaya RM5 bilion.[5] Ketika selesai pada 2023,[15] menara ini menjadi bangunan tertinggi di Malaysia.[16] Ia dibangunkan dalam tiga fasa dan terdiri daripada 400,000 meter persegi (4,300,000 kaki persegi) ruang kediaman, hotel dan komersial.[17]

Bangunan ini ialah gabungan ruang pejabat, hotel dan gerai peruncitan, serta lantai cerap yang akan menjadi geladak cerap tertinggi di Asia Tenggara. Ia mempunyai dua geladak cerap, pertama di dalam bangunan dan kedua pula di dalam puncak menara, serta pusat perniagaan runcit (118 Mall). Ia akan dikelilingi dengan empat ekar taman lelurus dan bandaran.[18] Ruang yang tidak boleh disewakan pula terdiri daripada kemudahan lif, rekreasi dan penyelenggaraan, semacam ruang letak untuk lebih 8,500 buah kereta. Enam puluh daripada 80 tingkat ruang pejabat akan disediakan untuk Permodalan Nasional Berhad (PNB) selaku pemaju dan subsidiari projek ini.[19][20]

Remove ads

Tapak

Bangunan ini terletak di Jalan Hang Jebat, di lokasi Taman Merdeka terdahulu (yang kemudian diubah menjadi ruang letak kereta terbuka). Tapak ini berada dalam lingkungan tanda tempat seperti Jalan Petaling, tempat bersukan termasuk Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Stadium Chin Woo, tiga buah sekolah (Victoria Institution, Sekolah Lelaki Methodist dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jalan Davidson), dan projek Plaza Rakyat tertegun (merentasi Laluan Ampang). Setelah siap, pembangunan Menara Merdeka 118 juga akan mempunyai akses ke Stesen MRT Merdeka yang baru dibangunkan di Laluan Kajang (SBK)[21][22] dan langsung bersambung dari tiga jalan utama melalui Terowong Belfield, yang akan menjadi terowong bawah tanah 2 tingkat yang melintas di bawah Kampung Attap dan Jalan Maharajalela ke tingkat bawah tanah medan ini.[23]

Remove ads

Reka bentuk

Thumb
Merdeka 118 direka menggambarkan kaliber Tunku Abdul Rahman ketika beliau mengisytiharkan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957, dengan melaungkan "Merdeka!" sebanyak tujuh kali

Bangunan ini direka dengan gabungan muka kaca berbentuk berlian menandakan kerencaman rakyat Malaysia. Reka bentuk pula diilhamkan dan dibuat melambangkan gerak isyarat tangan Tunku Abdul Rahman yang direntang ketika melaungkan "Merdeka!",[24] semasa beliau mengisytiharkan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957. Salutan bangunan ini nanti terdiri daripada 18,144 buah panel, 114,000 meter persegi kaca dan 1,600 tan penyemperitan bingkai tingkap. Ia nanti mempunyai 118 Mall, pejabat Gred-A, hotel dan kawasan kediaman. Jurutera strukturnya ialah Leslie E. Robertson Associates dan Robert Bird Group sedangkan jurutera rekod awam dan struktur untuk menara ini ialah Arup.[25][26] Bangunan ini akan dilengkapi dan disinari dengan 8.4 km jalur lampu LED pada waktu malam yang beransur-ansur bergerak dari satu penjuru ke penjuru lain.[27] Neapoli Group, iaitu firma reka bentuk dan kejuruteraan alam sekitar, digajikan untuk menyediakan khidmat nasihat ke arah mencapai penilaian platinum dengan tiga badan pengesahan Green Building: Leadership in Energy and Environmental Design (LEED), Green Building Index dan GreenRE.[28]

Pelan lantai

Semua pelan lantai yang diperolehi dari kertas cadangan bangunan tertakluk kepada perubahan.[29]

Maklumat lanjut Aras, Tujuan ...
Remove ads

Ketinggian

Jadual berikut menunjukkan ketinggian untuk semua bahagian terlibat di menara Merdeka 118.

Maklumat lanjut Maklumat ketinggian, Ketinggian ...
Remove ads

Perkembangan

Thumb
Pembangunan dasar menara sesuai dilihat dari Jalan Hang Jebat pada September 2021.

Kerja menanam cerucuk dan kerja pembinaan asas projek diberikan kepada Pintaras Geoteknik Sdn Bhd.[30][31]

Permodalan Nasional Bhd telah menyenarai pendek 6 kumpulan untuk pelbagai kerja pembinaan seperti UEM Group Bhd-Samsung, IJM Corp Bhd-Norwest Holdings Sdn Bhd- Shimizu Corp, Malaysian Resources Corp Bhd-China State Construction Engineering Corp, WCT Bhd-Arabtec Construction LLC, TSR Capital Bhd-Daewoo Group, and Seacera Group Bhd-Spaz Sdn Bhd-Sinohydro Corp-Shanghai Construction Group. Syarikat-syarikat ini mengemukakan tawaran kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan pada 28 Januari 2014.[32][33]

Remove ads

Kritikan

Ramai yang mengkritik projek ini dengan mengatakan bahawa ia adalah satu projek yang membazir dan dana RM5 bilion boleh digunakan untuk sebab-sebab lain seperti aspek kemiskinan, pendidikan dan jalan raya.[13]

Pada permulaannya dirancang untuk menjadi sedikit tinggi berbanding 509 m (1,670 ka), melepasi Taipei 101, tetapi akhirnya ketinggian cadangan Menara Warisan Merdeka telah disemak semula kepada 610 m (2,000 ka). Terdapat spekulasi bahawa hanya puncak menara itu dilanjutkan tanpa menambah jumlah lanjut aras kepada struktur 100 tingkat seperti yang dirancang.

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads