Wombat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Wombat (Jawi: وومبت) ialah sejenis marsupial kuadruped berotot dan katik yang ada di Australia. Ia berukuran kira-kira 1 m (40 in) 1 m (40 inci) panjang dengan ekor kecil dan kontot. Berat wombat ditimbang antara 20 dan 35 kg (44 dan 77 paun). Terdapat tiga spesies wombat yang masih wujud menganggotai keluarga Vombatidae.[1] Wombat ditemui di kawasan-kawasan hutan, bergunung-ganang dan semak samun selatan dan timur Australia, termasuk Tasmania, dan juga sebidang petak tanah terasing kira-kira 300 hektar (740 ekar) dalam Taman Negara Hutan Epping[2] di tengah Queensland.
Remove ads
Etimologi
Nama "wombat" datang daripada bahasa Dharug orang asli Darug yang duduk di kawasan Sydney asal.[3] Perkataan itu julung kali dicatatkan pada Januari 1798, apabila John Price and James Wilson, seorang putih yang mengamalkan budaya orang asli, melawati kawasan yang kini dikenali sebagai Bargo di New South Wales. Price menulis: "kami melihat najis beberapa ekor haiwan, salah seekor haiwan itu Wilson sebut sebagai "Whom-batt", iaitu seekor haiwan kira-kira 20 inci tinggi, dengan kaki katik, badan gempal, kepala besar, telinga bulat dan mata sangat kecil; ia gemuk, dan mempunyai rupa seperti bejar."[4]
Remove ads
Spesies
Ada tiga spesies wombat yang endemik di Australia dan beberapa pulau luar pesisirnya.[1][5]
- Genus Vombatus
- Vombatus ursinus
- Genus Lasiorhinus
- Lasiorhinus krefftii[6]
- Lasiorhinus latifrons
Ketiga-tiga spesies ini terlindung di bawah undang-undang Australia.[5]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
