Yang di-Pertua Negeri
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Yang di-Pertua Negeri (Jawi: يڠ دڤرتوا نݢري) ataupun dahulunya dikenali sebagai Gabenor sebelum tahun kemerdekaan 1957 bagi Negeri-negeri Selat, merupakan ketua negeri di 4 buah negeri di Malaysia iaitu Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.
Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Kerajaan Malaysia kerana negeri-negeri ini tidak mempunyai Sultan. Yang di-Pertua Negeri dilantik selama sepenggal atau empat (4) tahun dan boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian. Beliau tidak dibenarkan memiliki perniagaan atau keuntungan dan tidak dibenarkan juga bergiat aktif didalam mana-mana aktiviti komersial.
Yang di-Pertua Negeri merupakan komponen Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mempunyai kuasa untuk mengadakan perhimpunan atau pembubaran Dewan Undangan Negeri. Persetujuan beliau adalah diperlukan bagi meluluskan Dewan Undangan Negeri.
Yang di-Pertua Negeri juga merupakan Ahli Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Kuasa mentadbir negeri dipikul oleh Yang di-Pertua Negeri tetapi fungsi-fungsi pentadbiran boleh diserahkan kepada pihak lain dari segi undang-undang. Yang di-Pertua Negeri akan melantik Ketua Menteri dan ahli Exco bagi menasihati beliau dalam menjalankan peranannya.
Remove ads
Fungsi dan peranan
Fungsi dan peranan Yang di-Pertua Negeri meliputi perkara-perkara berikut:
- Ketua Kerajaan Negeri
- Fungsi Kehakiman
- Fungsi Pertadbiran
- Kuasa Pengampunan
- Sumber Kehormatan dan Daulat.
Senarai Yang di-Pertua Negeri
Pulau Pinang
Melaka
Sabah
Sarawak
Remove ads
Lihat juga
Rujukan tentang yang di-pertuan negara dan negeri
- Mengenai Kerajaan Malaysia, Portal Kerajaan Malaysia
Remove ads
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads